30 Pelajar UPM Terima Sumbangan Hari Raya Tuanku Canselor UPM | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » 30 pelajar UPM terima sumbangan Hari Raya Tuanku Canselor UPM

30 pelajar UPM terima sumbangan Hari Raya Tuanku Canselor UPM


Oleh: Noor Eszereen Juferi

SERDANG, 24 Jun – Tuanku Canselor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan  menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada anak yatim, asnaf dan mualaf yang terdiri daripada 30 pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini.

Baginda selaku Sultan Selangor menyampaikan sumbangan itu sempena Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih bersama kira-kira 1,000 warga UPM dan komuniti di Masjid UPM.

Pada majlis itu, turut diadakan penyerahan sumbangan kepada 19 penerima Dermasiswa Penyelidikan serta Wakaf Ilmu UPM yang terdiri daripada orang perseorangan, rakan korporat UPM dan juga staf universiti.



Sumbangan diterima daripada Pejabat Pendaftar UPM diwakili, Dato’ Wan Azman Wan Omar, RM176,520 dan wakil-wakil lain iaitu Bendahari UPM Zulkiflee Othman, RM221,910; Sumbangan Umum (Wakaf), Pengarah Pusat Islam Universiti, Dr. Razali Othman, RM279,880; Bank Rakyat, RM20,000; Etiqa Takaful Berhad, Kuala Lumpur, RM120,000; dan Koperasi UPM, Dr. Dasrilsyah Syahrial, RM10,000.

Sementara itu, Tan Sri Datuk Dr. Ahmad Tajuddin Ali turut menyembahkan zakat perniagaan UPM Holdings bagi tahun 2015 berjumlah RM243,200.

Wakaf Ilmu itu bertujuan memudahkan warga dan alumni UPM serta masyarakat memberi sumbangan berpandukan konsep wakaf untuk membantu pembiayaan aktiviti akademik, penyelidikan dan pemajuan ilmu di UPM. -  UPM


Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXEZJAr~