3 Orang Staf SPS Raih Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) UPM 2022 | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » 3 Orang Staf SPS Raih Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) UPM 2022

3 Orang Staf SPS Raih Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) UPM 2022

20 Julai 2023, Serdang – Seramai tiga (3) orang staf pelaksana Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) telah meraih Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) sempena Majlis Gemilang Putra (MGP) yang telah diadakan di Pusat Kebudayaan & Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Universiti Putra Malaysia. Penilaian bagi anugerah ini adalah berdasarkan kualiti perkhidmatan dan komitmen yang telah diberikan oleh staf sepanjang tahun 2022.

Berikut adalah senarai pemenang yang telah mengharumkan nama SPS melalui pencapaian mereka:

  1. Nurul’ Ain Muhammad Zaini
  2. Nur Izyan Abd Aziz
  3. Nur Alyani Mohd Yusoff@Ramli

Penyampaian anugerah tersebut telah dilakukan oleh YBhg. Dato' Prof. Dr. Mohd Roslan Bin Sulaiman, Naib Canselor UPM. Pencapaian mereka bertiga menjadi pendorong dan inspirasi kepada warga SPS yang lain untuk terus menambahbaik mutu perkhidmatan mereka, pada masa akan datang. Syabas dan tahniah diucapkan!

Tarikh Input: 20/07/2023 | Kemaskini: 05/09/2023 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXFEHAC~