Anugerah Tempat Kerja Selamat UPM 2017 | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Anugerah Tempat Kerja Selamat UPM 2017

Anugerah Tempat Kerja Selamat UPM 2017

Sekolah Pengajian Siswazah UPM telah memenangi Anugerah Tempat Kerja Selamat bagi kategori A pada 26 April 2017 yang lepas di Dewan OSH, Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UPM. Acara tersebut telah diadakan sempena Bulan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UPM 2017.

Bulan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (BKKP) UPM telah diadakan oleh Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Universiti Putra Malaysia dan berlangsung dari 4 April hingga 26 April 2017. Objektif sambutan BKKP UPM 2017 adalah untuk terus mempertingkat dan memperteguh kesedaran serta membudayakan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam kalangan staf di UPM Kampus Serdang, Selangor dan UPM Kampus Bintulu, Sarawak.

 

 

Tarikh Input: 03/05/2017 | Kemaskini: 22/05/2017 | haslinda_s

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXEUIAh~