Audit Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti (QMMS) ISO 9001:2015 Sekolah Pengajian Siswazah | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Audit Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti (QMMS) ISO 9001:2015 Sekolah Pengajian Siswazah

Audit Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti (QMMS) ISO 9001:2015 Sekolah Pengajian Siswazah

1 Jun 2023, Serdang – Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) telah menjalankan Audit Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) ISO 9001: 2015 30 Mei hingga 1 Jun 2023. Seorang Ketua Juruaudit telah dijemput, Pn. Noorizajune Abu Bakar dari Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP), untuk membantu proses pengauditan tersebut. Mesyuarat Pembukaan Audit telah diadakan pada 30 Mei 2023, jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat 1, Bangunan SGS dengan kehadiran barisan pengurusan SPS, Ketua Juruaudit dan juruaudit dalaman yang telah dilantik.

Majlis dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Puan Norhasliza selaku Timbalan Pengurusan Wakil (TWP) Pengajian Siswazah berlatar belakangkan Audit Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) ISO 9001: 2015 SPS. Proses audit yang telah berlangsung selama tiga (3) hari itu telah menyemak proses-proses utama yang berikut:

  1. Skop Pengurusan
  2. Skop Perkhidmatan Utama (Siswazah)
  3. Skop sokongan (Pengurusan Pelanggan, Kewangan, Latihan, Kemudahan Infrastruktur dan Kenderaan, Pengurusan Sumber Manusia dan Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan)

Senarai Juruaudit Dalaman SPS yang telah dilantik untuk menjalankan tugas adalah seperti yang berikut:

  1. Noorizajune Abu Bakar (Ketua Juruaudit)
  2. Cik Nur Nadjla Razei
  3. Muhammad Akees Abu Mansor
  4. Pn Affahuraizah Abdul Rahman
  5. Puan Haslinda Sello
  6. Puan Maizatul Afzan Tajul Ariffin
  7. En Mohamad Hafiz Mohamad
  8. Puan Messiah Sadar
  9. Puan Rozihan Che Awang
  10. Puan Noor Alia Mohd Husin
  11. Cik Pavithra Panir Selvam
  12. Puan Rahmawati Umar
  13. Fariq Ismail

Pn. Noorizajune (Ketua Juruaudit), dalam ucapannya berharap semua warga SGS memberi kerjasama sepanjang proses audit. Selain itu menerangkan, fungsi Audit Dalaman yang penting dalam melancarkan operasi sesebuah PTJ itu secara keseluruhannya. Beliau telah turut menekankan pengemaskinian prosedur dari masa ke semasa dalam usaha meningkatkan mutu kualiti perkhidmatan PTJ.

Mesyuarat Penutupan Audit telah diadakan pada 1 Jun 2023 dengan pelaporan dapatan audit serta sesi bergambar bersama juruaudit yang bertugas.

Tarikh Input: 06/06/2023 | Kemaskini: 01/08/2023 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXFEGAE~