Bengkel Asas Infografik Dan Multimedia | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Bengkel Asas Infografik dan Multimedia

Bengkel Asas Infografik dan Multimedia

13 Januari 2023, Serdang – Bengkel Asas Infografik dan Multimedia merupakan inisiatif Unit Hal Ehwal Pelajar dan Media,SPS dalam memperkenalkan pengetahuan asas berkaitan penghasilan bahan promosi kepada staf Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) yang lain. Objektif ini lebih berfokus kepada penggunaan aplikasi dalam talian yang mudah untuk difahami dan diakses secara percuma. Antara contoh aplikasi yang digunakan semasa aktiviti amali dalam bengkel tersebut adalah Canva dan PNGTree.

Seramai 13 orang peserta dari kalangan staf SPS, merangkumi semua Unit, telah dijemput dan telah menyertai bengkel tersebut. Selaku pereka grafik utama SPS, Cik Thuaibah telah mengendalikan sesi perkongsian teori serta perjalanan bengkel tersebut secara keseluruhan. Aktiviti amali bengkel telah memperlihat kemahiran peserta menggunakan aplikasi Canva dalam menghasilkan satu poster statik, menggunakan teori infografik yang telah dipelajari. Tema serta butiran poster telah disediakan untuk menyelaras hasil aktiviti amali tersebut.

Setiap peserta telah membentangkan hasil poster mereka pada akhir aktiviti amali dan menerangkan idea mereka berdasarkan teori infografik. Sesi soal jawab dan penerangan telah diadakan sepanjang bengkel. Bengkel tersebut telah bermula pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari di Bilik Mesyuarat 1, Sekolah Pengajian Siswazah.

Tarikh Input: 26/01/2023 | Kemaskini: 06/03/2023 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXFEAAF~