Bengkel Microsoft Excel - Basic And Formula | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Bengkel Microsoft Excel - Basic and Formula

Bengkel Microsoft Excel - Basic and Formula

September 27, 2023 - Sebagaimana hasrat SPS dalam Pelan Strategik SPS 2021-2023 bagi strategi KPI Meluaskan pengetahuan kerja staf SPS sebagai pakar 'Produk SPS', melalui Pelan Tindakan: Mengadakan latihan khas secara insentif dan berjadual yang mengkhusus kepada kepakaran yang diperlukan sebagai warga SPS, satu Bengkel 'Microsoft Excel - Basic and Formula ' Siri 1 telah diadakan pada 27 September 2023 di Bilik Latihan Exa IDEC Alpha, Universiti Putra Malaysia yang dilengkapi dengan set komputer bagi memudahkan pembelajaran excel secara langsung.

Antara objektif utama bengkel ini adalah memberi pengetahuan, kemahiran dan kecekapan sehingga ke peringkat pertengahan kepada staf menggunakan perisian MS Excel. Ts. Ahri Sogok, Ketua Bahagian Operasi Aplikasi, IDEC UPM dijemput sebagai penceramah. Sesi praktikal memberi kemahiran dan kefahaman kepada staf untuk menguruskan penyenaraian data dengan lebih baik dan berkesan dan memberi pendedahan kepada staf cara melaksanakan proses hubung kait antara worksheet dan workbook untuk menghasilkan keputusan dengan cepat dan tepat.

Bengkel tersebut berlangsung selama separuh hari, 8.30 pagi sehingga 3.00 petang. 30 staf terdiri daripada Unit Pejabat Am Dekan, Unit Akademik, Unit Pengambilan, Unit Tesis, Unit Perhubungan Institusi dan Bahagian Kewangan terlibat dalam bengkel tersebut.

 

Tarikh Input: 27/09/2023 | Kemaskini: 25/10/2023 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXFEHAS~