| SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH

Chui Lai Kwan tambah pungutan emas UPM

Chui Lai Kwan



BUKIT JALIL, 1 Nov -
Pelajar Fakulti Sains Teknologi dan Pemakanan Universiti Putra Malaysia (UPM) Chui Lai Kwan mengutip empat lagi pingat emas dalam acara 400 meter gaya bebas, 50m kuak lentang, 100m kuak kupu-kupu dan 400m gaya bebas berganti-ganti pada Kejohanan Sukan Institut  Pengajian Tinggi (SUKIPT).

Jumlah itu menjadikan beliau mengumpul keseluruhan 9 pingat emas dan 1 perak selepas saingan hari ketiga semalam di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil.

Beliau masih mempunyai peluang untuk menambah koleksi pingat apabila menyertai tiga acara individu dan satu berpasukan pada hari esok.

Chui Lai Kwan yang merupakan bekas perenang kebangsaan, pernah mewakili negara pada Kejohanan Akuatik Asia Tenggara di Singapura dan pusingan kelayakan Sukan Olimpik London 2012.

 

 


SXESNAh~