| SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH

Fakulti kejuruteraan berjaya kekalkan QE/5S


Serdang, 25 Okt - Fakulti Kejuruteraan, UPM sekali lagi telah berjaya mengekalkan Pensijilan Amalan Persekitaran Berkualiti (QE/5S) buat kali ke-4 pada tahun 2013. Audit Pemantauan Amalan Persekitaran Berkualiti (QE/5S) oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang berlangsung pada 24 Oktober 2013 yang lalu dijalankan di semua 14 zon dan pihak MPC mengumumkan bahawa Fakulti Kejuruteraan layak untuk pensijilan semula.

Fakulti Kejuruteraan telah mula membudayakan amalan 5S ini sejak tahun 2009 merangkumi skop pengurusan pejabat. Selain itu, Fakulti Kejuruteraan juga merupakan entiti pertama di UPM yang melaksanakan amalan 5S. Antara faktor kejayaan ini ialah kerjasama yang diberikan oleh seluruh warga Fakulti dan juga penerimaan pelawat dari dalam UPM serta agensi luar. Secara tidak langsung aktiviti ini memberi peluang kepada semua staf supaya sentiasa bersedia dan membudayakan 5S setiap masa.

Sebelum ini, Fakulti Kejuruteraan telah berjaya menyertai Konvensyen Persekitaran Berkualiti (QE/5S) Wilayah Tengah pada 26 Julai 2011 bertempat di Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya. Anugerah 3 Bintang yang diraih semasa konvensyen tersebut seterusnya melayakkan Fakulti Kejuruteraan untuk ke Konvensyen Peringkat Kebangsaan pada 19 Oktober 2011 dan seterusnya membawa pulang Anugerah Emas.

Semoga pensijilan ini dapat dikekalkan pada masa akan datang dan membuka ruang kepada seluruh warga UPM untuk mengamalkan persekitaran yang berkualiti.


SXDcUAJ~