| SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH

Fakulti Perhutanan dipilih Pengerusi Bersama perhutanan Asia Pasifik

Oleh Azman Zakaria



SERDANG,  20 Nov - Fakulti Perhutanan, Universiti Putra Malaysia (UPM) dipilih sebagai Pengerusi Bersama (Co-Chair) kepada Jawatankuasa Pelaksana (Steering Committee) dalam Asia-Pacific Forestry Education Coordination Mechanism selama lima tahun bermula 2016 hingga 2020.

Pemilihan itu dibuat ketika General Assembly Forestry College Deans Meeting Mechanism Asia Pacific Region dalam APFNet di Kongres Perhutanan Dunia di Durban, Afrika Selatan, 9 September lalu, yang turut dihadiri Dekan Fakulti Perhutanan, Prof. Dr. Mohamed Zakaria Hussin.

Prof. Dr. Mohamed  berkata organisasi itu bertujuan mempromosi pendidikan perhutanan di negara-negara Asia Pasifik.

“Semoga pelantikan ini akan dapat mengetengahkan UPM amnya dan Fakulti Perhutanan khususnya ke peringkat dunia,” katanya.

Sementara itu Pengarah Eksekutif, Sekretariat APFNet, Qu Guilin dalam surat tahniah kepada Naib Canselor UPM, Prof Dato’ Dr Mohd Fauzi Ramlan, berkata beliau bagi pihak APFNet melahirkan penghargaan kepada UPM atas sokongan berterusan kepada badan itu.

Katanya, sokongan kuat daripada UPM akan membolehkan usaha memperkenalkan Asia-Pacific Forestry Education Coordination Mechanism dapat dilakukan secara lebih berkesan serta dapat menyebarluaskan pendidikan perhutanan di rantau ini. - UPM


SXETHAD~