| SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH

Hari Terbuka Pascasiswazah 2017

 

Universiti Putra Malaysia telah mengadakan Hari Terbuka Pascasiswazah pada 6 & 7, Mei 2017 yang lalu di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan Dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia.

Bakal pelajar mempunyai peluang untuk mendapatkan nasihat daripada pakar fakulti dan instititusi mengenai program yang diminati melalui pameran Fakulti dan Institusi, taklimat program pascasiswazah dan sesi Soal dan Jawab yang diadakan. Acara yang dijalankan oleh Sekolah Pengajian Siswazah itu juga bertujuan untuk memudahkan bakal pelajar untuk memohon kursus yang mereka pilih dalam talian. Pemohon yang berjaya mengemukakan permohonan mereka pada acara 2 hari itu layak untuk mendapat potongan yuran pendaftaran bagi kemasukan program pascasiswazah.

Sekitar 1200 bakal pelajar telah mengunjungi acara itu, lebih dari dua kali kehadiran pada tahun lepas. Peserta pameran terdiri daripada Sekolah Pengajian Siswazah, Kementerian Pengajian Tinggi, Latihan Pendidikan UPM, ELS Language Center, Putra Business School, 18 institut dan 16 fakulti termasuk dari Kampus Bintulu Sarawak.

 

 

 Staf SGS bersedia untuk menyambut kedatangan bakal pelajar

 

 Taklimat program oleh pakar Fakulti dan Institusi

 

 Sesi soal jawab antara pakar Fakulti/Institusi dan bakal pelajar


 Bakal pelajar mendapatkan potongan yuran pendaftaran bagi kemasukan program pascasiswazah

 

 Staf SGS sedia membantu bakal pelajar membuat permohonan dalam talian

 

 Pelajar-pelajar sedang memohon kemasukan program pascasiswazah dalam talian

 

 Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris (Naib Canselor UPM) memberi hadiah cabutan bertuah kepada bakal pelajar

 

  Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris (Naib Canselor UPM), Prof. Dr. Robiah Yunus (Dekan Sekolah Pengajian Siswazah), Prof. Dr. Nor Aini Ab. Shukor (Timbalan Dekan Sekolah Pengajian Siswazah) dan Prof. Madya Dr. Nor Azowa Ibrahim (Timbalan Dekan Sekolah Pengajian Siswazah) melawat tapak pameran Fakulti dan Institusi

 

 

 Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris (Naib Canselor UPM) bergambar bersama Timbalan-Timbalan Dekan dan pakar-pakar Fakulti dan Institusi

 

 

 

SXDdRAJ~