Interaksi Bersama-sama Para Sarjana Tajaan TETFund | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Interaksi Bersama-sama Para Sarjana Tajaan TETFund

Interaksi Bersama-sama Para Sarjana Tajaan TETFund

Pada 2 Mei 2018, Sekolah Pengajian Siswazah UPM telah menyambut mesra pihak pengurusan dan badan pemantau dari Tertiary Education Trust Fund (TETFund), Kementerian Pendidikan, Nigeria. Para tetamu yang hadir untuk melawat pihak pengurusan universiti dan sekolah pengajian siswazah ialah Dr. Abdullahi Bichi Baffa (Setiausaha Eksekutif), Barr. Ifiok Ukim (Pengarah Pejabat Setiausaha Eksekutif), Dr. Salihu Girei Bakari (Pengarah, Latihan & Pembangunan Staf Akademik), Mal. Umar Abdullahi Mari (Pengarah, Pemantauan & Penilaian) and Khalil Abdul (Pegawai Perundangan).

Antara perkara yang dibincangkan ialah cadangan untuk mewujudkan kerjasama antara UPM dan TETFund mengenai peruntukan biasiswa untuk pelajar UPM dari Nigeria yang ingin melanjutkan pengajian di universiti itu di peringkat yang lebih tinggi. Selain itu, tujuan lawatan tersebut diadakan adalah bagi menilai prestasi para sarjana TETFund yang sedang belajar di UPM.

Acara itu bermula pada pukul 10 pagi dan berakhir pada waktu tengah hari.


 













Tarikh Input: 06/06/2018 | Kemaskini: 12/06/2018 | azimin

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXEZJAO~