| SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH

ITA tubuh Jaringan Kambing Tenusu Asia


KUALA LUMPUR, 10 April – Institut Pertanian Tropika (ITA) Universiti Putra Malaysia (UPM) akan menubuhkan Jaringan Kambing Tenusu Asia pada Julai ini untuk membangunkan rangkaian kerjasama di dalam industri kambing tenusu.

Jaringan itu dibentuk pada persidangan The First Asia Dairy Goat Conference yang mengumpulkan pakar dari pelbagai negara bagi membincangkan  isu penternakan kambing tenusu dan penghasilan produk berasaskan susu kambing. 

Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris menyifatkan penubuhan jaringan itu selaras dengan pertambahan permintaan masyarakat terhadap produk tenusu kambing.



“Jaringan ini juga berperanan membentuk kerjasama antara negara ‘north-south’ dan ‘south-south’  antara ahli bagi meningkatkan pengetahuan teknikal dalam pengurusan ternakan hingga produk hiliran industri tenusu,”katanya semasa merasmikan persidangan itu di sini.

Persidangan dari 9 sehingga 12 April itu dihadiri oleh 130 peserta dari 20 negara dengan mendapat sokongan daripada Food and Agriculture Organization of the United Nations (FAO), International Dairy Federation (IDF) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS).



Berita ini disediakan oleh Muhamad Najkhan Mazlan 03-89466130 dan foto oleh Noor Azreen Awang 03-89466199

SXDdRAs~