Kelas Praktikal Analyzing And Synthesizing A WOS Paper For High Impact Literature Review | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Kelas Praktikal Analyzing And Synthesizing A WOS Paper For High Impact Literature Review

Kelas Praktikal Analyzing And Synthesizing A WOS Paper For High Impact Literature Review

Februari, 9hb Februari 2023, Serdang - Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) sekali lagi berbesar hati untuk bekerjasama dengan Educational Consultant of Proofreading by A UK PhD melalui webinar bertajuk ‘Analyzing and Synthesizing A WOS Paper For High Impact Literature Review’ untuk pelajar pascasiswazah yang telah diadakan pada 9hb. Februari 2023 menggunakan platform Google Meet.

Dr. Thavamaran Kanesan, selaku Ketua Editor Educational Consultant of Proofreading by a UK PhD telah dijemput sebagai penceramah bagi sesi tersebut. Kelas tersebut telah mengetengahkan penghasilan kertas cadangan projek (proposal)/ tesis bagi peringkat Sarjana dan PhD, menggunakan rumusan formula 11 langkah yang unik. Ini merupakan salah sebuah usaha pelajar dan para pensyarah dalam memastikan pelajar dapat bergraduat mengikut tempoh yang ditetapkan dan mengelakkan keadaan Graduate-after time (GAT). Selain dari itu, sesi tersebut telah turut mengajar pelajar kaedah yang lebih berkesan dalam mengekstrak jurnal berimpak tinggi bagi membantu penghasilan tesis, bermula dari semester pertama pengajian mereka.

Kira-kira 300 orang pelajar pascasiswazah telah menyertai seminar selama (2 ¼) jam tersebut, yang telah dijalankan secara percuma. Sesi soal jawab telah dijalankan pada akhir sesi untuk memberikan pelajar peluang bertanykan soalan/ cadangan kepada penceramah untuk memahami topik tersebut secara lebih lanjut. Seminar ini telah diadakan dari jam 10.15 pagi sehingga 12.30 tengahari.

Tarikh Input: 22/02/2023 | Kemaskini: 28/03/2023 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXFEAAO~