Laman Web UPM Raih Kedudukan 61 Terbaik Dunia Ranking Webometric | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Laman web UPM raih kedudukan 61 terbaik dunia Ranking Webometric

Laman web UPM raih kedudukan 61 terbaik dunia Ranking Webometric

Oleh Khairul Anuar Muhamad Noh



SERDANG : Universiti Putra Malaysia (UPM) terus cemerlang dengan meraih kedudukan ke 61 dunia untuk penunjuk presence dalam Ranking Webometrics iaitu ranking laman web institusi pengajian tinggi dunia.

Ranking itu menilai lebih 20,000 institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh dunia di mana 90 IPT bagi penilaian Julai 2014 ialah dari Malaysia (20 awam dan 70 swasta). 

Penilaian Julai 2014 itu turut mencatatkan penunjuk openness UPM ke 136 terbaik dunia, berbanding penilaian Januari 2013 iaitu ke 193 (presence) dan 216 (openness) dunia. UPM tersenarai dalam 200 universiti terbaik bagi kedua-dua penunjuk berkenaan. 

Selain dua penunjuk itu, ranking Webometrics menilai penunjuk impact dan excellence. Secara keseluruhan, UPM mencatatkan kedudukan dalam 600 laman web terbaik IPT dunia (Webometrics Ranking) bagi tiga tahun berturut-turut sejak 2009 hingga kini dan juga yang kesembilan terbaik di Asia Tenggara. 

Presence bermaksud bilangan laman web yang menggunakan domain universiti (termasuk subdomain dan direktori) dari IPT yang diindeks oleh Google. Penilaian mengambil kira setiap laman web, termasuk semua format yang diakui secara individual oleh Google, halaman statik dan dinamik serta rich files yang lain.

Openness mengambil kira jumlah file dokumen seperti Adobe Acrobat (.pdf), Adobe PostScript (.ps, .eps), Microsoft Word (.doc,.docx) and Microsoft Powerpoint (.ppt, .pptx) pada paparan tertentu, misalnya perpustakaan, yang juga turut memaparkan artikel-artikel bersifat
akademik yang diperolehi daripada Google Scholar.

Webometrics adalah sistem penarafan di mana laman web dan visibiliti digunakan sebagai indikator untuk mengukur prestasi universiti pada peringkat global yang dijalankan oleh Cybermetrics Lab (Majlis Penyelidikan Negara Sepanyol, CSIC). 

Penilaian berdasarkan empat penunjuk utama penarafan web universiti iaitu impact (50%) dan bakinya iaitu presence, openness dan excellence yang diterbitkan setiap enam bulan pada Januari dan Julai setiap tahun. 

Naib Canselor UPM, Prof. Dato’ Dr. Mohd. Fauzi Ramlan berkata semua indikator itu mengambil kira komitmen universiti terhadap pengajaran, hasil penyelidikan, prestij antarabangsa, rangkaian dengan komuniti termasuk industri dan sektor ekonomi. 

“Pencapaian yang meningkat bagi tiga kriteria penilaian Webometrics - presence, openness dan excellence pada Julai 2014 berbanding tahun 2013 menunjukkan insiatif pemusatan laman web setiap jabatan dalam UPM menyumbang kepada peningkatan prestasi Webometeric UPM,” katanya mengulas lanjut pencapaian terbaru itu.

Tarikh Input: | Kemaskini: | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXEUKA6~