Majlis Anugerah Biasiswa UPM-SEARCA Joint Graduate 2018 | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Majlis Anugerah Biasiswa UPM-SEARCA Joint Graduate 2018

Majlis Anugerah Biasiswa UPM-SEARCA Joint Graduate 2018

Pada 7 November 2018, Sekolah Pengajian Siswazah UPM telah menganjurkan Majlis Anugerah Biasiswa UPM-SEARCA Joint Graduate 2018. Acara tahunan ini telah diadakan untuk memberi anugerah biasiswa UPM-SEARCA Joint Graduate kepada dua penerima anugerah UPM baharu iaitu Philip Donald Cabuga Sanchez (Master) dari Fakulti Kejuruteraan dan Kiet Hong Vo Tuan Truong (PhD) dari Institut Kajian Dasar Pertanian dan Makanan. Majlis ini juga diadakan bagi meningkatkan kerjasama antara UPM dan SEARCA dalam pemberian biasiswa kepada pelajar siswazah UPM.

Anugerah biasiswa itu telah disampaikan oleh Dekan Fakulti Kejuruteraan, Prof Dr Nor Kamariah Noordin. Wakil dari Southeast Asian Regional Center for Graduate Study and Research in Agriculture (SEARCA), Dr. Maria Cristeta N. Cuaresma (Ketua Program, Graduate Education and Institutional Development, SEARCA) dan Mary Grace A. Aquino (Pakar Program, SEARCA) juga hadir ke majlis tersebut.

Biasiswa UPM-SEARCA Joint Graduate ditawarkan oleh UPM dan SEARCA menerusi perjanjian yang ditandatangani pada 11 November 2016. Penerima biasiswa ini mendapat pengecualian penuh atas yuran tuisyen di UPM bagi tempoh 3 tahun untuk PhD dan 2 tahun untuk Sarjana. Bantuan kewangan untuk buku, penyelidikan, insurans, kesihatan, penerbangan, visa dan pelajar disediakan oleh pihak SEARCA.

Di samping menyampaikan biasiswa, SEARCA juga telah mengadakan orientasi untuk ahli akademik UPM-SEARCA yang baharu dan sedia ada. 23 ahli akademik yang menghadiri mesyuarat itu telah diberi taklimat mengenai keperluan dan jangkaan mengenai biasiswa itu serta aktiviti-aktiviti dan program-program SEARCA yang akan datang.



Truong Hong Vu Tuan Kiet (tengah) and Philip Donald Sanchez (keempat dari kanan), dua-dua ahli akademik SEARCA-UPM baharu, memegang sijil biasiswa mereka selepas upacara penyampaian anugerah pada 7 November 2018. Bersama-sama mereka, (dari kiri) Saiful Azlin Maskan (staf UPM),  Mary Grace A. Aquino, Dr. Maria Cristeta N. Cuaresma dan (dari kanan) Dr. Norhashila Binti Hashim, Dr. Nor Azowa Ibrahim dan Dr. Nor Kamariah Noordin, kesemua staf UPM.

Sumber

Tarikh Input: 04/12/2018 | Kemaskini: 06/08/2019 | azimin

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXFEFAi~