SERDANG, 26 Mac 2024 – Idea yang tidak dikongsi adalah umpama suara yang tiada berbunyi. Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) dengan kerjasama semua fakulti/sekolah/institut di Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan pertandingan 3 Minutes Thesis (3MT).
Hebahan bagi pendaftaran wakil setiap fakulti/sekolah/institut telah dikeluarkan pada awal bulan Februari bagi memberi ruang dan peluang pihak PTJ dalam mendapatkan pelajar Doktor Falsafah yang aktif dan berpotensi sebagai wakil mereka. Tempoh pertandingan di peringkat fakulti/Institut/sekolah adalah pada 19 Februari sehingga 19 Mac 2024.
Sambutan yang begitu menggalakkan pada tahun ini dapat dilihat melalui peningkatan sebanyak 70% dalam jumlah penyertaan dengan seramai 38 orang dari 13 PTJ. Peringkat saringan Universiti dan pusingan akhir telah diadakan pada 26 Mac 2024 secara bersemuka di Auditorium Fakulti Pengajian Pendidikan. Dua (2) siri taklimat bersama pegawai siswazah di PTJ dan peserta 3MT telah diadakan secara dalam talian pada 18 dan 22 Mac 2024.
Seramai tiga (3) orang panel juri bagi saringan peringkat universiti dan empat (4) orang juri bagi peringkat akhir telah dilantik bagi program tersebut.
Peringkat saringan:
Peringkat akhir:
Seramai 12 orang peserta telah berjaya mara ke pusingan akhir dan berikut adalah senarai empat (4) orang pemenang yang akan mewakili UPM ke Pertandingan 3MT peringkat kebangsaan:
Johan : Yasmina binti Ahmad Uzhir (Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
Naib Johan : Lee Li Xin (Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul
Tempat ke-3 : Safura Adeela binti Sukiman (Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat)
Peoples’ Choice Award : Abdipoor Sina (Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat)
Syabas dan tahniah diucapkan kepada para pemenang serta kesemua peserta yang telah berjaya mewakili PTJ masing-masing dengan idea penyelididkan mereka. Terima kasih juga kepada kesemua pegawai bertanggungjawab dan pengurusan PTJ yang telah membantu sepanjang pelaksanaan program 3MT pada tahun ini.
Tarikh Input: 27/03/2024 | Kemaskini: 16/04/2024 | aslamiah
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang ,Selangor
Contact List by Unit
Staff and Services