9 Ogos, 2023, SERDANG – Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) sentiasa menitikberat motivasi staf dalam meningkatkan mutu keseluruhan perkhidmatan PTJ. Dalam pada itu, majlis apresiasi staf secara tahunan adalah salah satu usaha mengiktiraf komitmen berterusan staf, dalam pelbagai aspek. Bertemakan Royal Blue pada kali ini, majlis yang dikendalikan oleh Jawatankuasa Kelab SPS telah membuat persiapan selama satu (1) minggu dari segi dekorasi, pengundian pemenang dan pemilihan pemenang melalui kaedah audit.
Prof. Dr. Zalilah Mohd Shariff, Dekan SPS telah menyampaikan amanat beliau melalui ucapan perasmian/ penghargaan beliau. Prof.Dr. Zalilah telah menggariskan kepentingan semangat berpasukan dan kualiti perkhidmatan pelanggan yang perlu sentiasa ditambahbaik. Beliau juga telah menekankan aspek audit serta pematuhan kepada Pelan Strategik UPM serta SPS secara holistik. Ucapan tersebut telah menjadi satu amanat yang perlu diambil serius disamping menjadi pembakar semangat kepada semua staf yang hadir pada hari tersebut.
Berikut adalah senarai anugerah yang telah disampaikan dan senarai pemenang bagi Majlis Apresiasi SPS pada kali ini:
Anugerah |
Pemenang |
Anugerah People’s Choice (berdasarkan undian) |
|
Bintang Harapan SPS |
Cik Nur Nadjla binti Ahmad Razei |
Bintang Mesra Pelanggan |
Encik Mohd Firdaus bin Maswin |
Bintang ‘Sharing Session’ |
Encik Muhammad Amirul Afif bin Sa’audi |
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pegawai Eksekutif Tahun 2022 |
Puan Salwati binti Abdul Ghani |
Anugerah Pengiktirafan EKSA (dinilai melalui sesi audit EKSA pada 23 Mei 2023) |
|
Anugerah Ruang Kerja Lelaki Terbaik |
Encik Wan Ahmad Syauqi bin Wan Lokman |
Anugerah Ruang Kerja Wanita Terbaik (Aras bawah) |
Puan Farah Nur Arina binti Misnan |
Anugerah Ruang Kerja Wanita Terbaik (Aras atas) |
Cik Anis Fatinah binti Jabir |
Anugerah Ruang Kerja Terbaik Kategori Ahli Pengurusan |
Cik Pavithra Panir Selvam |
Anugerah Ruang Pejabat Terbaik |
Pejabat Am Unit Pengambilan dan Unit Bantuan Kewangan |
Anugerah Ruang Gunasama Terbaik |
Zon Ruby |
Anugerah Read@SPS (pemenang ditentukan berdasarkan undian) |
Unit Akademik |
Anugerah Kelestarian Hijau |
|
- Johan |
Cik Anis Fatinah binti Jabir |
- Naib Johan |
Puan Luna Liza binti Razali |
- Tempat Ketiga |
Encik Azrul Nizam bin Azmin |
Anugerah Khas |
|
Anugerah Khas Crystal |
Puan Nur Nadiah binti Abdul Rahim |
Anugerah Khas Quartz |
Puan Rozalita binti Adnan |
Anugerah Khas Carnelian |
Encik Mohamad Hafiz bin Mohamad Encik Mohd Firdaus bin Maswin Encik Muhammad Atfi bin Md Khamijah Puan Nur Alyani binti Mohd Yusoff@Ramli Puan Siti Noor Alia binti Mohd Husin Cik Thuaibah Aslamiah binti Nadzri Encik Wan Ahmad Syauqi bin Wan Lokman Encik Zul’ Iqbal bin Za’im Cik Zuriyati binti Ramly |
Anugerah Tokoh Pekerja Tahun 2022 |
Puan Nur Alyani binti Mohd Yusoff@Ramli |
Sesi penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Dekan, barisan Timbalan Dekan dan Timbalan Pendaftar SPS. Majlis tersebut digalakkan lagi dengan persembahan tayangan video, nyanyian serta gimik perasmian. Majlis telah diakhiri dengan sesi fotografi dan videografi.
Tarikh Input: 11/08/2023 | Kemaskini: 13/09/2023 | aslamiah
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang ,Selangor
Contact List by Unit
Staff and Services