| SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH

Miliki ijazah walau dihimpit kesukaran bahagi masa dengan perniagaan

Oleh Azman Zakaria
Photo oleh Marina Ismail and Noor Azreen Awang



SERDANG, 23 Okt - “Saya mahu memiliki ijazah dan pada masa yang sama memiliki perniagaan.” 

Itu azam yang disemat oleh Nor Eizzah Yusoff sejak menjejakkan kaki di Universiti Putra Malaysia (UPM) sehingga memperolehi Bacelor Sains (Pengajian Makanan) pada Majlis Konvokesyen ke-40 UPM hari ini.

Katanya, bukan senang hendak membahagikan masa antara pelajaran dan pengajian sekiranya ia tidak disertai dengan semangat yang kuat.

Ketika menuntut di UPM, Nor Eizzah, 23, mengusahakan tiga lot kiosk di Kolej 13 serta masing-masing satu di Pusat Asasi, dan di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan.

“Sengsaranya hanya saya yang tahu… pernah saya hampir untuk ‘give-up’ pelajaran tetapi dengan sokongan ibu bapa, rakan-rakan dan pensyarah, saya dapat bertahan dan terus belajar.

“Saya bertekad berniaga kerana melalui perniagaan boleh mewujdukan peluang pekerajaan kepada orang lain,” katanya yang mengambil sembilan pekerja tetap serta tiga penuntut UPM sebagai pekerja sambilan.

Katanya, pada setiap pagi beliau akan pergi ke kedai terlebih dahulu untuk memantau perniagaan dan pekerja, sebelum menghadiri kuliah.

“Alhamdulillah, hari ini saya mendapat apa yang saya cita-citakan… ijazah dan memiliki perniagaan,” katanya yang bercita-cita mahu menjadi usahawan berjaya. - UPM

 


SXDdNAD~