Pelajar UPM Juara Mister Planet Malaysia 2015 | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Pelajar UPM juara Mister Planet Malaysia 2015

Pelajar UPM juara Mister Planet Malaysia 2015

Oleh Noor Eszereen Juferi



SERDANG – Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM), Nazmi Nordin, berjaya menjuarai Mister Planet Malaysia 2015 serta dilantik sebagai duta untuk Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) bagi menjadi ikon belia dalam isu alam sekitar.

Nazmi, 25, merupakan pelajar Sarjana Perubatan Nuklear (Pengimejan Molekul) UPM turut memenangi kategori Mister Photogenic dan Mister Intelligence akan mewakili Malaysia ke Madrid, Sepanyol turut memenangi wang tunai RM3,000 dan trofi berserta sash daripada Malaysia United Nations Pageant (MUNP).



Dengan kemenangan itu beliau berazam untuk mempertingkatkan pendedahan kepada umum dalam melestarikan alam sekitar. Beliau turut menyeru kepada belia untuk menjadikan alam sekitar sebagai aset atau ‘capital’ dalam menjaga persekitaran untuk generasi masa depan.

“Saya tidak menganggap alam sekitar sebagai sumber kerana pastinya akan pupus tanpa pemuliharaan yang insentif.Oleh itu kempen hijau antaranya aktiviti seperti penanaman semula pokok adalah salah satu usaha dalam memelihara serta memulihara alam sekitar,” katanya.




Tambah beliau dengan adanya pertandingan sebegini oleh MUNP secara langsung memotivasikan belia untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pemuliharaan alam sekitar yang kini menjadi isu serius negara.

Sementara itu, Mister Planet Malaysia 2015 dianjurkan oleh Malaysian United Nations Pageant di bawah kelolaan Azman Bosri untuk bertanding di Madrid, Sepanyol pada tahun hadapan dengan 60 peserta seluruh dunia. – upm/nej/kgo


Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXEaCAn~