Pelajar UPM, Syafiq Ridwan Terima Insentif Kecemerlangan KPT | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Pelajar UPM, Syafiq Ridwan terima Insentif Kecemerlangan KPT

Pelajar UPM, Syafiq Ridwan terima Insentif Kecemerlangan KPT


KUALA LUMPUR, 14 Feb– Atlit tenpin boling negara, Mohd Syafiq Ridhwan Abdul Malik dari Universiti Putra Malaysia (UPM), menerima Anugerah Insentif Kecemerlangan Sukan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) daripada Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin pada Majlis Anugerah Kecemerlangan KPT 2012.

Anugerah itu mengiktiraf pencapainnya yang menjuarai Piala Dunia AMF di Poland Disember lalu dan Terbuka Taiwan pada November 2012.



Syafiq ingin menumpukan perhatian untuk menamatkan pengajiannya di UPM sebelum menyertai Kejohanan Dunia di Las Vegas pada bulan Ogos depan dengan sasaran untuk memenangi dua pingat.

“Saya tidak merasa sebarang tekanan walaupun menjuarai Piala Dunia AMF. Saya ingin terus mengharumkan nama Malaysia di persada dunia dalam sukan tenpin boling,” katanya.

Selain daripada insentif kecemerlangan sukan yang diterima oleh lima atlit termasuk Syafiq, seramai 50 pelajar dari UPM telah menerima insentif bagi pencapaian cemerlang mereka di Kejohanan Sukan Universiti-Universiti ASEAN di Vientiane, Laos tahun lalu yang menyaksikan Malaysia muncul sebagai juara keseluruhan dengan pungutan 60 pingat emas.

Berita ni disediakan oleh Stephanie Shalini Sukumaran, 03-89466013


Tarikh Input: | Kemaskini: | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXEZKAV~