| SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH

Pelajar UPM wakili Malaysia ke Korat International Art and Culture Festival


Oleh: Adidi Tamin

THAILAND – Tujuh pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) terdiri daripada penari Kelab Senitari ADIMASTULI dan Residen Artis UPM, Nursyuhada Suaimi terpilih mewakili Malaysia ke Korat International Art and Culture Festival 2016 di Nakhon Ratchasima, Thailand baru-baru ini.

Ketua delegasi Malaysia, Adidi Tamin berkata program silang budaya itu disertai lebih daripada 10 buah negara antaranya Thailand, Indonesia, Filipina, Laos, Vietnam, Myanmar, Sri Lanka, Russia, China, Ghana, Nepal dan Kemboja. 


“Setiap negara telah memperlihatkan persembahan yang menunjukkan identiti dan kreativiti setiap daripada mereka. Selain itu, setiap wakil negara yang hadir turut berkongsi adat dan kebudayaan masing-masing kepada peserta yang hadir,” katanya.



Beliau berkata, aktiviti mengajar dan belajar tarian turut diadakan di beberapa buah sekolah yang dikunjungi antaranya di Sureenari Wittaya 2 School dan Nakhon Ratchasima Rajabath University Art and Culture Department.

Sementara itu, kumpulan daripada UPM yang mewakili Malaysia telah mempersembahan beberapa persembahan antaranya Tarian Zapin Ghalit, Joget Kereta Lembu, Inang Pulau Kampai dan menyampaikan nyanyian beberapa buah lagu. - UPM

 


SXDcVAj~