Pengagihan Kad Prihatin Siswa RHB Dijalankan Secara Berperingkat | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Pengagihan Kad Prihatin Siswa RHB Dijalankan Secara Berperingkat

Pengagihan Kad Prihatin Siswa RHB Dijalankan Secara Berperingkat

6 November 2023, SERDANG - Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) telah menguruskan pendaftaran dan pengagihan kad Prihatin Siswa RHB sejak Jun 2022. Inisiatif yang diterajui oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) UPM ini, merupakan usaha Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan RHB Bank Berhad dalam melancarkan lagi penyaluran bentuk bantuan kewangan atau kemudahan diskaun pembelian kepada mahasiswa/i di seluruh negara.

Pengumpulan maklumat pelajar siswazah yang bersetuju bagi pembukaan akaun serta penerimaan kad tersebut, telah dijalankan bermula Jun 2022 sehingga Ogos 2023. Proses pengagihan telah dimulakan dengan penerima pinjaman Pendidikan PTPTN pada bulan Ogos 2023 di SPS sendiri. Proses tersebut telah diikuti dengan pengagihan berpusat pada 3 dan November 2023 bertempat di Dewan Bendahara, Kolej Pendeta Za’ba dan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM. Hampir 800 pelajar siswazah yang telah mendaftar bagi Semester 1 2023/2024 telah hadir secara fizikal bagi pengambilan kad tersebut pada kedua-dua hari yang dinyatakan.

Unit Hal Ehwal Pelajar dan Media SPS, telah menguruskan juga permohonan pelajar semasa yang ingin mendapatkan tersebut dengan pembukaan akaun i-Pro Savings di mana-mana cawangan RHB Bank yang berhampiran. Pengagihan tersebut yang dijangka akan dikembalikan kepada pihak fakulti bermula Januari 2024, sedang dijalankan di SPS pada setiap hari Rabu dan Khamis (2.00 hingga 4.00 petang).

Adalah diharapkan inisiatif KPT tersebut dapat memudahkan lagi transaksi kewangan pelajar dan memberi keistimewaan sebagai mahasiswa/i sesebuah institusi pengajian tinggi.

    

Tarikh Input: 06/11/2023 | Kemaskini: 08/01/2024 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXFEGAe~