Pensyarah UPM Menang Anugerah ISESCO Di Morocco | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Pensyarah UPM menang anugerah ISESCO di Morocco

Pensyarah UPM menang anugerah ISESCO di Morocco

Oleh Nursyahirah Ariffin

 



SERDANG, 12 DIS – Seorang pensyarah Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM) memenangi anugerah Islamic Educational Scientific and Cultural Organization (ISESCO) for Science and Technology (S&T) 2014 pada 18 Disember  di Morocco.

Prof. Dr. Mahiran Basri mendapat pengiktirafan tersebut berdasarkan penyelidikan yang aktif dan cemerlang dalam bidang Kimia termasuk penyelidikan minyak kelapa sawit yang menyumbang kepada industri farmasi dan kosmetik.

Anugerah itu disampaikan oleh Ketua Pengarah ISESCO, Dr Abdulaziz Othman Altwaijri berupa sijil, pingat emas dan wang tunai USD 5 ribu.

ISESSCO menerima sebanyak 84 penyertaan yang terdiri daripada negera-negara  di seluruh dunia.

 



“Saya bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada UPM kerana sentiasa menyokong kerja-kerja penyelidikan yang dijalankan,” katanya yang juga Pengarah Pusat Asasi Pertanian( ASPER) UPM.

Prof Mahiran merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana dalam bidang Kimia di Universiti Northern Illinious, USA pada tahun 1980 serta 1982 dan pemegang Ph.D daripada Universiti Putra Malaysia dalam bidang Kimia pada tahun 1993.

Sepanjang perkhidmatan, beliau telah memenangi pelbagai anugerah antaranya Archer Daniels Midland Award daripada American Oil Chemists’ Society, Anugerah Ram Rais Biotechnology serta meraih pingat emas pada International Invention, Innovation, Industrial Design & Technology Exhibition (ITEX) 2004.

 



Anugerah dwi tahunan itu ditubuhkan oleh Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) pada tahun 1979 untuk menggalakkan dan memperkukuhkan kerjasama dalam kalangan anggota OIC dalam bidang sains, pendidikan dan budaya mengikut nilai Islam.

 


Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXEZNAl~