| SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH

Pensyarah UPM terima pengiktirafan Nigeria dalam pengurusan sisa pepejal

Oleh Nursyahirah Ariffin



SERDANG, 9 NOV – Seorang pensyarah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Putra Malaysia (UPM) mendapat anugerah Merit Award for Excellence dan Award for Excellence daripada kerajaan Nigeria baru-baru ini.

Dr. Indrakaran T. Karthigesu menerima pengiktirafan kerana sumbangan idea beliau dalam sistem pengurusan sisa pepejal di negara itu.

Beliau berperanan sebagai penasihat kepada seorang pelajar sarjana dari Nigeria iaitu Muhammed Kamaluddeen Lawan yang membuat kajian mengenai pengurusan sisa pepejal untuk membaiki sistem itu di negaranya.

“Idea saya ialah mewujudkan stesen pemindahan antara kawasan penduduk dengan tapak pelupusan untuk menjimatkan masa, tenaga dan kos.

“Modul stesen pemindahan ini bukan sahaja sebagai transit pengumpulan semua sisa pepejal di kawasan berhampiran tetapi sebagai pusat penyisihan sisa pepejal dan kitar semula peringkat asas agar mengurangkan jumlah sisa pepejal yang dihantar ke pusat pelupusan,” katanya.




Dr. Indrakaran juga telah membangunkan model untuk mengurangkan sisa pepejal daripada sumber pelepasan dengan membina pusat kitar semula yang asas di setiap kawasan komuniti.

Beliau yang merupakan Pensyarah Kanan Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan, FPSK menerima anugerah itu aripada Duta Nigeria, Bello Shehu Ringim di  Kedutaan Nigeria di Malaysia  pada 27 Oktober lalu. 

Dr. Indrakaran merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Management Studies di Universiry Of Montana pada tahun 1997, mendapat Sarjana dalam bidang Business Administration di University of Missouri, USA dan seterusnya memperoleh Ph.D dalam bidang Management Studies In Waste Management di University of Hertfordshire  pada tahun 2011.

Sepanjang penglibatan dalam pengurusan sisa pepejal, Dr Indrakaran telah dilantik sebagai Chartered Waste Manager oleh Chartered Institute Of Waste Management, UK, Fellow Member oleh Royal Society Of Public Health, London dan Voting Member oleh Chartered Institute of Environmental Health London, UK pada tahun 2014.

“Saya juga berhasrat untuk membuat lebih banyak kajian untuk memperbaiki pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di dalam negara ini,” katanya.

 

 


SXDdOAw~