Pertandingan The Biggest Loser: Peringatan Kesihatan Bersama SPS | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Pertandingan The Biggest Loser: Peringatan Kesihatan Bersama SPS

Pertandingan The Biggest Loser: Peringatan Kesihatan Bersama SPS

12 Jun 2023, Serdang – Kesihatan fizikal itu adalah sepenting kesihatan mental seseorang individu. Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) telah menyahut cabaran tersebut dengan mengadakan pertandingan The Biggest Loser, sebagai satu platform kompetitif sihat dalam kalangan staf SPS pada masa yang sama menjaga tahap kesihatan mereka. Pertandingan yang diadaptasi dari siri televisyen USA tersebut telah berlangsung dari 27 Januari 2023 sehingga 21 Mei 2023, merangkumi kesemua staf di SPS.

Fasa 1 pengukuran berat badan 26 Januari 2023 manakala fasa 2 telah dijalankan pada 22 Mei 2023. Usaha yang digerakkan oleh Jawatankuasa Kelab Sekolah Pengajian Siswazah ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan staf dan barisan pengurusan. Penyampaian hadiah telah dijalankan pada 12 Jun 2023, dan senarai pemenang pertandingan tersebut adalah sepertimana yang berikut:

Johan            : En. Muhammad Akees Abu Mansor

Naib Johan     : En. Azrul Nizam Azmi

Tempat Ke-3   : Pn. Farah Nur Arina Misnan

 

Hadiah berbentuk hamper telah disampaikan oleh Cik Nur Nadjla Ahmad Razei selaku Pengerusi Kelab SPS Sesi 2023/2025. Usaha ini mempamerkan komitmen warga SPS dalam memastikan kesihatan individu setiap ahli PTJ itu berada didalam keadaan yang baik.

Tarikh Input: 13/06/2023 | Kemaskini: 01/08/2023 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXFDXAU~