Prof. Datuk Dr. Mad Nasir Shamsudin Dilantik TNC (Akademik Dan Antarabangsa) UPM | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Prof. Datuk Dr. Mad Nasir Shamsudin dilantik TNC (Akademik dan Antarabangsa) UPM

Prof. Datuk Dr. Mad Nasir Shamsudin dilantik TNC (Akademik dan Antarabangsa) UPM

Oleh Noor Eszereen Juferi


SERDANG – Prof. Datuk Dr. Mad Nasir Shamsudin dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Putra Malaysia (UPM) selama tiga tahun mulai 1 Disember 2013 hingga 30 November 2016.

Naib Canselor UPM, Prof. Datuk Dr. Mohd. Fauzi Ramlan ketika mengumumkan pelantikan yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan, Tan Sri Dato’ Muhyiddin Mohd Yassin berkata, pelantikan baharu itu ialah bagi menggantikan Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris yang tamat tempoh pelantikannya pada 30 November 2013.

“Sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), beliau bertanggungjawab bagi meningkatkan pembangunan akademik termasuk menambah baik kualiti pengajaran dan pembelajaran serta bertanggungjawab ke atas perkembangan dan promosi hal ehwal antarabangsa university,”  katanya.

Prof. Datuk Dr. Mad Nasir Shamsudin, 57, memulakan karier di UPM sejak 28 tahun lalu sebagai pensyarah pada 1986, diikuti Prof. Madya pada 1994,  dan kemudiannya Profesor pada 2000. Pernah menjadi Dekan kepada dua fakulti iaitu Fakulti Pengajian Alam Sekitar (2004-2009) dan Fakulti Pertanian (2009-2012).



Pakar dalam bidang Ekonomi Pertanian dan Sumber ini pernah dilantik sebagai penyelidik dan perunding untuk Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri pada 1994-1995 dan berjaya membangunkan Model Analisis Sektor Pertanian Malaysia. Beliau juga telah membangunkan untuk Unit perancang Ekonomi Model Analisis Dasar Pertanian Malaysia pada 2012. Beliau juga sebagai Panel Perunding Pertanian, Perbadanan Produktiviti Malaysia.    

Prof. Datuk Dr. Mad Nasir, memperolehi PhD dari Mississippi State University, Amerika Syarikat pada 1985, BS (Cum Laude) dari Louisiana State University, 1980 dan Diploma Pertanian dari Universiti Pertanian Malaysia, 1978.

Dalam peringkat antarabangsa, beliau merupakan ahli Pacific Food System Outlook Forecasting Panel di bawah Pacific Economic Cooperation Council (PECC).

Prof. Datuk Dr. Mad Nasir mengajar terutamanya dalam Perdagangan Pertanian Antarabangsa, Pembangunan dan Dasar Pertanian dan Ekonomi Alam Sekitar.  Bidang penyelidikannya termasuk Dasar Perdagangan Pertanian Antarabangsa, Analisis Pasaran Komoditi dan Ekonomi Alam Sekitar dalam Pertanian.


Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXEURAF~