| SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH

PROGRAM KERJASAMA ANTARABANGSA UPM LEBAR SAYAP KE KAZAKHSTAN

Bergambar di Suleymen Demirel University (SDU), Almaty. Turut hadir, Presiden International Ataturk Alatoo University, Republik Kyrgyz, Prof. Osman Gokalp (barisan hadapan, dua dari kanan) dan Rektor SDU, Prof. Mesut Akgul (barisan hadapan, empat dari kan


SHYMKENT, 17 Sept - Satu memorandum persefahaman (MoA) antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dan South Kazakhstan State University (SKSU) yang ditandatangani oleh Naib Canselor, Prof. Dato' Dr. Mohd. Fauzi Ramlan dan Rektor SKSU, Prof. Zhumakhan Myrkhalykov akan membentuk program kerjasama ijazah berkembar kedua-dua universiti.

Prof. Dato' Dr. Mohd. Fauzi berkata, UPM komited dalam proses pengantarabangsaannya sebagai sebuah institusi dan ini adalah bukti bahawa kita serius tentang perkara ini.

"Kita telah banyak meneroka dan mencari bagi menambah program kerjasama antarabangsa dan dengan persefahaman ini, UPM berjaya melebarkan sayapnya ke Asia Tengah," katanya.

MoA antara UPM dan SKSU telah bermula sejak tahun 2012, Prof. Myrkhalykov berkata peristiwa bersejarah itu merupakan kerjasama pertama antara universiti dari kedua-dua negara tersebut."


Staf dan pelajar SKSU di majlis tandatangan MoA


"Saya percaya kerjasama ini memanfaatkan kedua-dua negara, bukan sahaja dari segi hubungan antarabangsa, malah dalam pelaksanaan program pendidikan bersama yang akan melonjakkan lagi daya saing graduan dari kedua-dua universiti dalam pasaran buruh di dunia," katanya.

Bermula Februari 2015, kedua-dua universiti tersebut akan menawarkan program ijazah  berkembar di peringkat sarjana dan PhD dalam bidang Sains Komputer dan Matematik.

Pelajar yang mendaftar bagi program tersebut berpeluang untuk menghabiskan latihan sekurang-kurangnya setahun di salah satu universiti serta bakal menerima dua ijazah selepas tamat pengajian.




Naib Canselor UPM, Prof. Dato’ Dr. Mohd. Fauzi Ramlan dan Rektor SKSU, Prof. Zhumakhan Myrkhalykov di majlis tandatangan MoA.


SKSU adalah antara tiga universiti terkemuka di Kazakhstan yang juga merupakan universiti serantau terbesar terletak di selatan Kazakhstan dengan jumlah pelajar melebihi 17,000 orang serta menawarkan 88 program sarjana muda, 56 sarjana dan 14 di peringkat PhD.

MoA dengan SKSU merupakan sebahagian daripada misi lawatan akademik UPM ke Kazakhstan yang diketuai oleh Naib Canselor serta turut disertai oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Datuk Dr. Mad Nasir Samsudin, Dekan Sekolah Pengajian Siswazah, Prof. Dr. Bujang B.K Huat dan Prof. Madya Dr. Anvarjon Ahmedov.

Dalam misi yang sama juga, UPM juga turut menandatangani perjanjian persefahaman dengan Kazakh National Technical University di Almaty (bekas ibu negara Kazakhstan) dan L.N Gumilyov Eurasian National University di Astana, ibu negara Kazakhstan.


SXDdAA6~