Program Pembelajaran Sepanjang Hayat Perkasa Ilmu Warga Emas Dan Wanita | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Program pembelajaran sepanjang hayat perkasa ilmu warga emas dan wanita

Program pembelajaran sepanjang hayat perkasa ilmu warga emas dan wanita


Oleh: Noor Eszereen Juferi
Foto: Noorazreen Awang

SERDANG, 10 Dis – Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (IPPM), Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan program pembelajaran sepanjang hayat bagi memperkasakan ilmu warga emas dan wanita.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datin Paduka Chew Mei Fun berkata pelaksanaan program oleh IPPM UPM itu bertepatan bagi memberi peluang kepada warga emas dan wanita melengkapkan potensi diri dengan ilmu pengetahuan serta kemahiran.

“Ini turut memberi peluang kepada mereka untuk hidup dengan produktif serta meningkatkan potensi diri untuk aktif dalam keluarga dan masyarakat,” katanya semasa merasmikan Majlis Apresiasi dan Penyampaian Sijil Program Universiti Era Ketiga (U3A) dan Citi-UPM Pendayaupayaan Kewangan untuk wanita matang.



Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris berkata program dijalankan melalui kerjasama strategik antara UPM dengan badan antarabangsa iaitu United Nations Population Fund, dan Citi Foundation sejajar dengan usaha universiti untuk mengembangkan aktiviti ilmiah yang boleh dicapai oleh komuniti.

“Kerjasama itu sejajar dengan hasrat negara dalam membudayakan proses pembelajaran sepanjang hayat ke arah pembentukan masyarakat berilmu,” katanya.

Pengarah IPPM, UPM, Prof. Dr. Tengku Aizan Hamid berkata sambutan terhadap program itu membuktikan ia mendapat tempat di kalangan warga emas dan wanita pada masa kini.

“Pembelajaran tersebut turut membawa perkembangan kendiri yang positif kepada peserta dan telah mengubah imej stereotaip wanita dan warga emas serta memberi peluang untuk hidup dengan aktif dalam keluarga dan masyarakat,” katanya.



Seramai 263 wanita serta warga emas menerima sijil program U3A dan Program Citi-UPM itu bertujuan mendidik wanita matang bebas kebergantungan kewangan dan sejajar dengan hasrat negara membudayakan proses pembelajaran sepanjang hayat ke arah pembentukan masyarakat berilmu. - UPM

Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXEUCAO~