| SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH

Program Pengantarabangsaan alumni universiti Malaysia ke Cambodia


PHNOM PENH, 20 Jun (UPM) - Pusat Alumni Universiti Putra Malaysia (UPM) selaku sekretariat MyAlumni universiti Malaysia telah melaksanakan program pengantarabangsaan di sini pada 20-21 Jun, 2013.

Program Malaysia Global Outreach (MGO) in Cambodia itu telah dijalankan di Hotel Sunway di sini di bawah Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara Fasa 2 (2011 – 2015) iaitu Memanfaatkan Hubungan Alumni Pelajar demi Pengantarabangsaan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Menurut Pengarah Pusat Alumni UPM (Ketua Kluster MyAlumni), Prof Madya Dr. Mansor Abu Talib, program itu bertujuan mengukuhkan hubungan institusi pengajian tinggi dengan alumni supaya alumni dapat menyumbangkan usaha mempromosi institusi pengajian tinggi Malaysia ke pasaran antarabangsa.

Sepanjang berlangsungnya MGO di Cambodia, sebanyak tiga program telah dilaksanakan iaitu Knowing You Cambodia bertujuan membentuk protem Malaysia Alumni Council of Cambodia (MACC).



Program yang kedua ialah Roundtable Discussion with Malaysia Embassy of Cambodia, Malaysia Business Council of Cambodia, MyAlumni Consortium and Malaysia Alumni of Cambodia.

Program ini dilaksanakan bagi menyediakan satu landasan komunikasi dan pertukaran pendapat mengenai aktiviti dan program alumni yang boleh dilaksanakan oleh MACC dengan bantuan Kedutaan Malaysia di Cambodia dan Malaysia Business Council of Cambodia.

Program kemuncak adalah Malaysia Alumni of Cambodia Gala Dinner. Pada majlis tersebut, Datin. Dr. Ir. Siti Hamisah Tapsir, Timbalan Ketua Pengarah IPTA, telah merasmikan tiga pelancaran iaitu MyAlumni Consortium (MyAC), Malaysia Alumni Council of Cambodia (MyAAC) dan Cambodia Laos Myanmar and Vietnam Alumni Coffee Table Book (CLMV CTB).



Seramai 40 alumni hadir bagi menjayakan program tersebut.

Majlis ini turut dihadiri oleh Prof. Datuk Dr. Mohd. Fauzi Hj. Ramlan, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim, Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Brig. Jen Dato’ Prof. Dr. Kamarudin Hussin, Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Peneraju alumni yang hadir adalah daripada Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), dan Taylor’s University. -- UPM


SXETBAI~