Seminar Putra Sarjana : Thesis Development: Traditional And ChatGPT Based Via Online | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Seminar Putra Sarjana : Thesis Development: Traditional and ChatGPT Based via Online

Seminar Putra Sarjana : Thesis Development: Traditional and ChatGPT Based via Online

29 April 2024, Serdang - Sekolah Pengajian Siswazah sekali lagi berbesar hati untuk berkolaborasi bersama Educational Consultant of Proofreading by a UK PhD, melalui webinar bertajuk ‘A Lecture Series with Dr. Thava : Thesis Development: Traditional and ChatGPT Based for Students and Academicians: an Attempt to Extract More Journals from a Thesis’ khusus untuk pelajar pascasiswazah secara dalam talian melalui zoom.

Dr. Thavamaran Kanesan telah dijemput untuk kesekian kalinya sebagai penceramah jemputan. Webinar pada kali ini berfokuskan untuk menghasilkan Proposal/Tesis bertaraf Master/PhD dengan menggunakan 11 Langkah unik yang telah dirangka dan disusun oleh Dr. Thava. Langkah ini dilihat sangat membantu meningkatkan kebolehan pelajar untuk mecapai GOT(Graduate on Time). Secara tidak langsung, seminar ini juga menfokuskan bagaimana menghasilkan jurnal berimpak tinggi bermula dari awal pengajian.

Seramai kira-kira 300 pelajar pascasiswazah telah menyertai seminar yang berdurasi dua jam tersebut. Sesi soal jawab diadakan bagi membenarkan peserta untuk bertanyakan soalan kepada penceramah bagi mendalami lebih lagi berkenaan topik yang dibentangkan.

Dr. Thava telah berkongsi ilmunya melalui slaid pembentangan yang ringkas dan minimalis namun tetap dapat menangkap minat dan perhatian daripada seluruh peserta yang hadir. Sesi soal jawab diadakan selepas sesi pembentangan memberi peluang kepada pelajar untuk merungkai persoalan yang dihadapinya. Seminar bermula pada jam 10 pagi dan tamat pada jam 12 tengahari.

 
 
 

Tarikh Input: 02/04/2024 | Kemaskini: 13/05/2024 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
WXFTMAu~