Roadshow: Sekolah Pengajian Siswazah Ke Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Roadshow: Sekolah Pengajian Siswazah ke Universiti Putra Malaysia kampus Bintulu

Roadshow: Sekolah Pengajian Siswazah ke Universiti Putra Malaysia kampus Bintulu

2 Julai 2022, Serdang - Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) UPM telah mengadakan satu kunjungan akademik ke Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu pada 29 Jun hingga 1 Julai 2022. Tujuan utama kunjungan akademik tersebut adalah bagi memastikan skop pengajian siswazah yang ditadbir di kedua kampus UPM adalah selaras dengan prosedur/ kaedah terkini pengajian siswazah. Ia juga adalah untuk mendapatkan input dan mengenalpasti isu pengajian siswazah yang boleh ditambahbaik dalam memastikan KPI universiti bagi skop pengajian siswazah dapat dicapai sepertimana sasaran yang ditetapkan.

Wakil pengurusan Sekolah Pengajian Siswazah yang telah hadir adalah Prof. Dr. Hjh. Firdaus Mukhtar, Timbalan Dekan (Pengambilan, Perhubungan Institusi dan Bantuan Kewangan), Prof. Ts. Dr. Zuriati Zukarnain, Timbalan Dekan (Akademik, Kurikulum dan Data), Puan Maizatul Afzan, Penolong Pendaftar Kanan Unit Tesis, Puan Rahmawati Umar, Penolong Pendaftar Kanan Unit Pengambilan, Cik Nur Nadjla, Penolong Pendaftar Unit Antarabangsa dan Bantuan Kewangan dan Encik Akees, Penolong Pendaftar Unit Akademik.

Sesi konsultasi bersama pelajar pascasiswazah turut diadakan bagi memberi ruang kepada pelajar untuk mengajukan soalan atau respon mengenai topik yang berkenaan.

Tarikh Input: 18/07/2022 | Kemaskini: 25/07/2022 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXFEFAH~