Sehari Bersama Kanak-kanak Rohingya | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Sehari Bersama Kanak-kanak Rohingya

Sehari Bersama Kanak-kanak Rohingya

"Sehari Bersama Kanak-kanak Rohingya" adalah satu program kerjasama yang melibatkan pelbagai pihak: Sekolah Pengajian Siswazah, Universiti Putra Malaysia, fakulti perhutanan, Forum Pemimpin Muda Asean (AYLF) dan Badan Kebajikan Islam Telekom (BAKIT). Program ini diadakan di Pusat Pendidikan Perhutanan Sultan Idris Shah (SISFEC), Puchong pada 16 September 2017.

Terdapat dua objektif utama program ini iaitu : untuk menawarkan sokongan semangat untuk Rohingya dan juga bertindak sebagai pemangkin ke arah usaha yang lebih  sistematik berkenaan dengan kebajikan pelarian Rohingya.

Umumnya, acara itu disertai oleh 35 pelajar pascasiswazah yang terdiri daripada  Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Persatuan Pelajar Antarabangsa UPM (UPMISA) dan  Kumpulan Sokongan Peer (PSG). Turut hadir bersama ialah seramai 42 orang Kanak-kanak  Rohingya, berumur diantara 7-16 tahun, dan juga 2 orang guru pengiring. Kebanyakan mereka adalah dari kawasan sekitar Lembah Klang.

YBhg. Prof. Dr. M. Iqbal Saripan, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) telah merasmikan acara tersebut. Turut hadir juga adalah YBrs. Tuan Muhammad Fikri Ahmad, Naib Presiden AYLF.

Acara berakhir jam 5.00 petang, iaitu selepas melaksanakan Majlis Penanaman Tiga. Justeru itu sebanyak 200 Anak Benih Gaharu telah ditanam.

 








 

 

 

 

 

Tarikh Input: 12/10/2017 | Kemaskini: 12/10/2017 | azimin

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXEUSAN~