Sekolah Pengajian Siswazah Rangkul Naib Juara Pertandingan Koir Semarak Merdeka UPM 2022 | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Sekolah Pengajian Siswazah Rangkul Naib Juara Pertandingan Koir Semarak Merdeka UPM 2022

Sekolah Pengajian Siswazah Rangkul Naib Juara Pertandingan Koir Semarak Merdeka UPM 2022

5 September 2022, Serdang – Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) telah menyertai pertandingan koir seiring dengan sambutan Semarak Merdeka UPM 2022 anjuran Pusat Kebudayaan Dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS). Pasukan SPS yang dianggotai oleh 22 orang ahli, telah mempersembahkan lagu gubahan asal oleh Ketua Kumpulan SPS, En. Muhammad Irfan Ibrahim. Lagu yang bertajuk Jiwa Malaysia itu telah berjaya menambat hati juri dari segi gubahan dan harmoni kumpulan koir secara keseluruhan.

SPS, selaku Naib Juara, telah membawa pulang wang tunai sebanyak RM 350.00, piala iringan dan sijil pencapaian dari Majlis Penutupan Semarak Merdeka 2022 pada 6 September 2022, bertempat di PKKSSAAS. Hasil ini menggambarkan usaha dan semangat kerjasama yang telah ditunjukkan oleh ahli kumpulan secara konsisten selama satu (1) bulan bagi sesi latihan serta persiapan pertandingan.

Tarikh Input: 12/09/2022 | Kemaskini: 14/10/2022 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXFEAA0~