Seminar Literature Review Writing | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Seminar Literature Review Writing

Seminar Literature Review Writing

 

Sekolah Pengajian Siswazah, Universiti Putra Malaysia telah menganjurkankan seminar Literature Review Writing secara maya dengan jayanya pada Jumaat, 17 Julai 2020 yang lalu melalui aplikasi Cisco Webex.

Tinjauan literatur boleh dikatakan bahagian terpenting dalam tesis pelajar. Seminar ini menggambarkan kepentingannya melalui pecahan unsur yang terdapat dalam tinjauan literatur yang berkesan dan kaitan dengan  bahagian lain dalam tesis seperti perbincangan dan variasi kecil dari bentuknya dalam kajian ilmiah dan kajian sosial.

Prof. Dr. Muhammad Shahrim Abdul Karim daripada Jabatan Servis Makanan dan Pengurusan, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, Universiti Putra Malaysia telah dijemput sebagai penceramah dan melibatkan lebih daripada 200 pelajar pascasiswazah telah hadir ke seminar bagi tempoh dua (2) jam tersebut. Di akhir seminar, sesi soal dan jawab diadakan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pembentangan berkaitan yang telah disampaikan oleh penceramah.

Seminar ini bermula pada jam 10.00 pagi dan tamat pada jam 12.00 tengahari.

Tarikh Input: 26/08/2020 | Kemaskini: 26/08/2020 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXFEEAd~