Seminar Putra Sarjana : The Basic Of Research | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Seminar Putra Sarjana : The Basic of Research

Seminar Putra Sarjana : The Basic of Research

11 Januari 2023, Serdang – Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) telah menganjurkan seminar bertajuk The Basics of Research, secara bersemuka bertempat di Auditorium Raden Umar (Fakulti Kejuruteraan), yang telah disampaikan oleh Prof. Dr. Sharmili Vidyadaran. Seminar selama dua (2) jam ini merupakan sebahagian daripada siri seminar Putra Sarjana, yang pada asasnya menekankan pelabagai tips, maklumat, kemahiran untuk pelajar pascasiswazah dalam pelbagai aspek. Sambutan yang menggalakkan daripada pelajar dan penyertaan yang baik daripada Universiti luar telah memaparkan kepentingan menangani komponen utama dalam merancang idea penyelidikan. Ini merangkumi aspek seperti pemilihan Penyelia yang bersesuaian, perancangan masa bagi kajian tersebut, pemantapan kemahiran berkomunikasi dan sebagainya.

Penceramah jemputan yang bersifal minimalist itu telah menggarap perhatian peserta dengan lebih berkesan menggunakan pembentangan PowerPoint yang sangat mudah. Sesi Q & A yang aktif telah membuktikan bahawa seminar tersebut adalah sangat interaktif dan berjaya. Seminar tersebut telah berakhir dengan sesi fotografi pada jam 12 tengahari, selepas sesi pencerahan dan persoalan yang sangat intensif. Para peserta telah turut berjumpa secara peribadi dengan penceramah tersebut untuk memahami maklumat yang disampaikan dengan lebih jelas.

Tarikh Input: 26/01/2023 | Kemaskini: 06/03/2023 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXFEGAa~