Sesi Perkongsian Transformasi Dokumentasi QMS ISO 9001 Berasaskan Pengguna | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Sesi Perkongsian Transformasi Dokumentasi QMS ISO 9001 Berasaskan Pengguna

Sesi Perkongsian Transformasi Dokumentasi QMS ISO 9001 Berasaskan Pengguna

28 Februari 2024, Serdang – Pusat Jaminan Kualiti (CQA) selaku peneraju untuk Dokumentasi ISO UPM akan meneruskan penyelarasan penambahbaikan dokumentasi bagi tahun 2024 iaitu melalui pelaksanaan Dokumentasi Berasaskan Pengguna (User Based Documentation) bagi skop Proses Utama (Pengajian Siswazah). Sehingga tahun 2023, tiga (3) Proses Utama Universiti iaitu Skop Pengajian Prasiswazah dan skop Penyelidikan dan Inovasi serta skop Prauniversiti telah berjaya melaksanakan inisiatif ini.

Bagi tujuan memastikan usaha ini dapat dilaksanakan secara teratur dan berkesan, Sekolah Pengajian telah menjemput Encik Mohd Nazri bin Md Yassin, Ketua Pentadbiran, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa UPM) bagi memberi perkongsian mengenai proses realisasi pelaksanaan Dokumentasi Berasaskan Pengguna yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat 1, SPS.

Sesi perkongsian ini telah memberi banyak faedah sekiranya penyelarasan penambahbaikan dokumentasi ini dilaksanakan antaranya peranan stakeholder lebih jelas, proses utama dilihat secara holistic dan efektif, penjimatan kos pentadbiran, kertas dan masa serta perubahan proses (jika ada) dilaksanakan secara lebih optimum, menyeluruh.

Sesi perkongsian ini telah berakhir pada jam 12.00 tengahari dengan majlis penyampaian cenderahati dan sesi bergambar staf SPS bersama panel jemputan.

Tarikh Input: 28/02/2024 | Kemaskini: 18/04/2024 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXFEDA7~