Sesi Perkongsian Unit Biasiswa Dan Taklimat Majlis Konvokesyen UPM Kali Ke-45 | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Sesi Perkongsian Unit Biasiswa dan Taklimat Majlis Konvokesyen UPM kali ke-45

Sesi Perkongsian Unit Biasiswa dan Taklimat Majlis Konvokesyen UPM kali ke-45

Pada 16 Februari 2022, satu Sesi Perkongsian telah diadakan oleh Unit Biasiswa, Sekolah Pengajian Siswazah secara dalam talian (zoom) melibatkan semua staf SPS.

Antara fokus utama sesi perkongsian tersebut adalah penerangan tentang kesemua jenis biasiswa yang ditawarkan iaitu GRF, GRA, IGSS, PASS dan BKW, prosedur pengesahan permohonan biasiswa, kriteria dan kelayakan permohonan, tanggungjawab penerima biasiswa dan kesan pecah kontrak.

Sesi perkongsian diteruskan dengan sesi taklimat Majlis Konvokesyen UPM ke 45 oleh Encik Mohamad Hafiz. Staf diberi penerangan ringkas mengenai tarikh-tarikh penting, prosedur pengambilan jubah akademik dan tugas sebagai urusetia majlis konvokesyen. Kesemua maklumat penting berkaitan konvokesyen telahpun dimuatnaik di laman web SPS untuk rujukan staf dan pelajar. Jadual bertugas bagi kaunter pengambilan jubah akademik pada 19 Februari hingga 12 Mac 2022 juga telah dibentangkan dalam sesi taklimat tersebut.

Selepas sesi soal jawab diadakan sesi perkongsian dan taklimat itu berakhir pada 4.30 petang.

 

  

  

  

Tarikh Input: 25/02/2022 | Kemaskini: 09/03/2022 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXFEBAD~