SPS Komited Ke Arah Keselamatan Dan Kesihatan Tempat Kerja | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » SPS Komited Ke Arah Keselamatan dan Kesihatan Tempat Kerja

SPS Komited Ke Arah Keselamatan dan Kesihatan Tempat Kerja

14 Julai 2023, Serdang – Dalam pada usaha mengutamakan keselamatan persekitaran dan kesejahteraan pekerja, Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) telah menjalankan pelbagai pemeriksaan intensif secara konsisten. Ia merangkumi keselamatan bangunan, fasiliti perkhidmatan, peralatan kecemasan serta amalan tindakbalas staf kepada sebarang bentuk keadaan kecemasan.

Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) SPS telah menjalankan audit dalaman pada 21 Jun 2023 dengan bantuan 4 orang auditor luar. Pn.Liyana Ithnin (Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul (FBSB)), Pn. Khairun Aqilah (Pejabat Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (PPKKP)) dan dua (2) orang pegawai dari Unit Bantu Mula, PKPP telah menjalankan audit ke atas pelbagai komponen keselamatan pekerjaan. Antaranya adalah skop sistem pencegahan kebakaran, skop pematuhan akta yang berkuatkusa berkenaan pengurusan bencana serta buangan terjadual.

Agenda pemerkasaan keselamatan pekerjaan ini telah diperkukuh lagi dengan latihan kebakaran (firedrill) yang telah dijalankan pada 14 Julai 2023. Pasukan Tindakan Kecamasan (ERT) SPS telah menerajui pelaksanaan firedrill tersebut. PTJ yang turut terlibat sama adalah Pusat Kesihatan Universiti (PKU), PPKKP dan Bahagian Keselamatan Universiti (BKU). Praktis tersebut telah menilai kadar dan prosedur tindakbalas staf SPS kepada insiden kebakaran.

Secara keseluruhannya, amalan berterusan yang melibatkan pelbagai kaedah pengukuran mempamerkan komitmen SPS dalam mengambil serius komponen keselamatan serta kesihatan ahlinya.

Tarikh Input: 14/07/2023 | Kemaskini: 05/09/2023 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXFEGAa~