Taklimat Pelajar Baharu Semester Pertama Sesi 2023/2024 | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Taklimat Pelajar Baharu Semester Pertama Sesi 2023/2024

Taklimat Pelajar Baharu Semester Pertama Sesi 2023/2024

14 Oktober 2023, SERDANG - Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) telah melaksanakan sesi taklimat bagi pelajar baharu pascasiswazah yang telah mendaftar bagi semester pertama sesi 2023/2024 secara maya dengan jayanya menggunakan aplikasi Zoom Meetings dan YouTube Live. Seramai 832 pelajar pascasiswazah baharu telah menghadiri taklimat selama 5 jam tersebut, pelajar tempatan dan antarabangsa.

Sesi dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Dekan dan diteruskan dengan taklimat dan penjelasan oleh Timbalan Dekan Sekolah Pengajian Siswazah mengenai perkara-perkara yang meliputi perspektif berikut: akademik, tesis, hal ehwal pelajar, sokongan pembelajaran, bantuan kewangan dan mobiliti. Sis taklimat diteruskan pula dengan penerangan daripada pusat tanggungjawab berikut yang secara langsung dalam pengurusan/ perkhidmatan pelajar pascasiswazah:

  1. Pejabat Bursar
  2. Pusat Kesihatan Universiti
  3. Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi
  4. Pusat Polis Bantuan dan Keselamatan Universiti
  5. Pusat Pemajuan Kompetensi Bahasa
  6. Bahagian Perumahan dan Penempatan

Sesi Q&A telah diadakan sepanjang taklimat dan pada akhir setiap slot penceramah. Pelajar telah mendapat maklumat yang lebih jelas daripada wakil pegawai- pegawai SPS dan jabatan yang berkaitan di ruangan chat kedua-dua platform tersebut. Taklimat tersebut telah berakhir dengan sesi fotografi pada jam 1.00 petang.

Tarikh Input: 16/10/2023 | Kemaskini: 14/12/2023 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXFEFAT~