| SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH

Telefon pintar UPM untuk mengesahkan produk halal


Oleh Kuah Guan Oo
Foto oleh Marina Ismial


SERDANG, 2 April (UPM) – Sekumpulan pensyarah dan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) yang bersengkang mata bukan disebabkan peperiksaan tetapi mereka mengejar masa untuk menyempurnakan hasil inovasi mereka menggunakan peranti telefon pintar untuk mengesahkan status halal bagi sesebuah produk.

Para saintis dan penyelidik Fakulti Kejuruteraan tersebut mula menuai hasil ciptaan mereka apabila pembangunan aplikasi Android mereka telah terpilih menjadi antara lima finalis yang terpilih dalam pertandingan Celcom App Developer Challenge 2012.

Hasil kerja mereka yang dinamakan sebagai MyHalal App adalah salah satu antara 57 idea yang didaftar dan 22 aplikasi yang dihantar ke pertandingan Celcom yang mana merupakan satu platform kepada para pereka pembangunan aplikasi telefon mudah alih bagi mempamerkan dan mengkomersialkan hasil inovasi mereka.

Diketuai oleh Dr Wan Azizun Wan Adnan,pasukan UPM daripada Jabatan Fakulti Komputer dan Sistem Komunikasi  telah merekacipta dan membangunkan satu perisian untuk dipasang ke dalam peranti mudah alih berasaskan Android seperti  tablet atau telefon pintar yang dapat digunakan sebagai pengimbas bagi mengimbas kod bar sesuatu produk dalam mengesahkan status halal daripada pangkalan data.



Tambahan lagi, maklumat sesuatu produk seperti nama pengeluar dan tarikh luput sijil halal mereka turut akan ditunjukkan.

Ahli lain dalam pasukan tersebut adalah Dr Shaiful Jahari Hashim, Dr Sharifah Mumtazah Syed Ahmad dan  Siti Mariam Shafie@Musa serta pembantu penyelidik,  Syazwani Mohd Hatta.

Dr Wan Azizun berkata dia telah menjalankan projek yang berkaitan apabila mereka mendapat idea bagi mencipta cara yang lebih pantas dalam menentukan kesahihan status halal sesuatu produk.

Mereka mengambil masa selama tiga bulan untuk membangunkan aplikasi untuk pertandingan Celcom tersebut bermula dari kali pertama mereka mendapat idea untuk menggunkan telefon pintar dalam menyemak jika sesuatu produk tersebut adalah disahkan halal serta diperakui oleh JAKIM (Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia).

Dr Shaiful, salah seorang ahli pasukan terbabit berkata, mereka mendapati bahawa JAKIM mempunyai lebih daripada 100,000 produk yang mendapat sijil halal dalam rekod mereka.

“Oleh yang sedemikian, pengaturcara kami telah menggunakan kod bar bagi kesemua produk-produk yang terdapat di JAKIM untuk ditranskripsikan dan membina satu pangkalan data yang kemudiannya boleh dimuat turun kepada mana-mana telefon pintar berasaskan Android yang dapat memberikan pengesahan status halal secara ‘offline’ dimana-mana saja tanpa memerlukan sebarang peranti tambahan luaran,” katanya.

Hanya dengan kadar yang minima, pengkalan data ini boleh dimuat turun kepada peranti mudah alih dan boleh dikemas kini menerusi Internet kerana JAKIM sentiasa menambah baik rekod produk yang diperakui sebagai halal.

Dr Shaiful berkata walaupun logo halal boleh didapati dengan sewenang-wenangnya tanpa perakuan JAKIM, kod bar adalah seperti cap jari bagi sesuatu produk yang mana tidak boleh diubah dan dipalsukan.



Peluang Perniagaan

Tetapi sebenarnya, yang membuatkan Dr Wan Azizun, Dr Shaiful dan ahli-ahli mereka yang lain betul-betul gembira adalah apabila aplikasi tersebut mendapat perhatian daripada  Celcom, JAKIM dan HDC, Perbadanan Pembangunan Industri Halal yang telah dibangunkan dibawah Kementerian Industri dan Perdagangan Antarabangsa (MITI) dalam menyelaraskan pembangunan industri halal.

Dr Wan Azizun berkata daripada diskusi peringkat awal dengan pakar-pakar industri, dia dan ahli pasukannya sedang membangunkan ciri-ciri tambahan kepada aplikasi terbabit di mana para pengguna hanya perlu menghantar SMS (Sistem Pesanan Ringkas) untuk mengetahu status halal sesuatu produk.

“Aplikasi MyHalal adalah ringkas dan berkonsepkan fleksibel yang dapat dipindahkan ke mana-mana platform mudah alih yang lain selain daripada Android seperti Apple iOS atau Microsoft Windows Phone,” kata Dr Shaiful.

Beliau berkata mereka telah menghantar kertas kerja bagi mempatenkan dan melabelkan hak cipta rekaan mereka dan mereka sedang melihat untuk menggunakan fungsi applikasi mereka melampaui batasan yang sedia ada.

Dr Shaiful  berkata dia sedang memikirkan bagaimana mereka boleh bekerjasama dengan jabatan antarabangsa bagi JAKIM seperti  Majlis Hal Ehwal Agama Islam Singapura (MUIS) untuk menggabungkan pengkalan data produk halal Singapura ke dalam aplikasi MyHalal.  

Menurut  laporan akhbar, Timbalan Menteri Industri dan Perdagangan Antarabangsa, Datuk Mukhriz Mahathir  berkata yang kerajaan telah mewartakan untuk mengeksport RM37 billion bagi produk halal untuk tahun 2012 berbanding dengan  RM35 billion untuk tahun 2011.

Industri halal negara, beliau berkata , mampu menarik pelaburan berjumlah RM1.2 billion selama tujuh bulan pertama bagi tahun 2012.

Berserta dengan fakta di mana terdapat 2.1 billion orang Islam di serata dunia, peluang dalam industri halal adalah sangat luas.

Kemudian, peluang perniagaan yang mana dapat dimainkan oleh aplikasi MyHalal ini? – UPM

 

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi

Dr Wan Azizun Wan Adnan

Tel: +603-8946 6442

Email: wawa@eng.upm.edu.my

Dr Shaiful Jahari Hashim

Tel: +603-8946 4358

Email: shaiful@eng.upm.edu.my

-- kgo/kam/del


SXETJAE~