Timbalan Dekan SPS Mengungguli Anugerah Top Research Scientist Malaysia (TRSM) 2023! | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Timbalan Dekan SPS Mengungguli Anugerah Top Research Scientist Malaysia (TRSM) 2023!

Timbalan Dekan SPS Mengungguli Anugerah Top Research Scientist Malaysia (TRSM) 2023!

 
 
 
 

 

18 Oktober 2023, Serdang - Timbalan Dekan Sekolah Pengajian Siswazah (SPS), Universiti Putra Malaysia (SPS UPM), Prof. Dr. Zuriati Ahmad Zukarnain, telah menerima pengiktirafan sebagai Top Research Scientist Malaysia 2023. Beliau telah dianugerahkan sijil Top Research Scientist Malaysia 2023 di majlis Anugerah Fellowship Akademi Sains Malaysia pada 17 Oktober 2023.

"Penghargaan ini merupakan inspirasi bagi saya untuk menggandakan usaha saya dalam mewujudkan inovasi berdasarkan sains, teknologi, dan inovasi (STI) untuk negara. Saya akan meningkatkan sumbangan penyelidikan negara dan membantu UPM mengukuhkan kerjasama dengan industri untuk faedah masyarakat dan negara melalui STI," kata Prof. Zuriati.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah merkam aspirasi beliau bahawa untuk mencapai aspirasi STI negara, komuniti saintifik Malaysia perlu bekerjasama secara efektif dengan kerajaan, industri, dan masyarakat untuk membolehkan negara ini menduduki tempat di kalangan 30 negara terbaik dalam Indeks Inovasi Global (GII) menjelang 2025.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Prof. Dr. Zuriati Ahmad Zukarnain, daripada seluruh warga SPS!

 
 
 

Tarikh Input: 25/10/2023 | Kemaskini: 14/12/2023 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXFECAf~