| SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH

Tuanku Canselor UPM lancar Buku Mewah ‘With Knowledge We Serve’


SERDANG, 10 Nov –  Tuanku Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melancarkan Buku Mewah ‘With Knowledge We Serve’ yang mengiktiraf usaha para akademik UPM melahirkan generasi saintis baharu.   

Buku yang mengandungi 10 bab itu memfokuskan 17 penyelidik pelbagai bidang yang telah memberi impak besar kepada pembangunan, kemajuan dan transformasi masyarakat serta meletakkan nama UPM di persada antarabangsa.

Pada majlis itu Sultan Selangor turut berkenan menyampaikan Anugerah Mutiara Alumni kepada Tan Sri Dato’ Setia Dr. Nayan Ariffin, dan Anugerah Jasamu Dikenang Alumni kepada Allahyarham Prof. Dato’ Dr. Yaakob Che Man.

Anugerah lain yang disampaikan baginda ialah Anugerah Alumni Terbilang kepada Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris, Dato’ Aripin Said, Prof. Dr. Tengku Aizan Hamid, Prof. Madya Dr. Syed Omar Syed Rastan, Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin, Prof. Dr. Fauziah Othman dan Prof. Madya Dr. Vijayaletchumy Subramaniam.



Pengarah Pusat Alumni UPM, Prof. Madya Dr. Mansor Abu Talib turut menyembahkan sumbangan wakaf ilmu wakil pihak alumni UPM berjumlah RM96,930.00 diikuti wakil Alumni 76, Prof. Dr. Musa Abu Hassan, RM20,000; Alumni 76 dari Samsoney Group, Dato’ Soh Poh Seng sebanyak RM20,000; Pengerusi Koperasi UPM KUPUTRA BHD, Alumni 95 Dr. Dasrilsyah Syahrial, berjumlah RM10,000; Pegawai Kewangan Negeri Melaka mewakili Ketua Menteri Melaka, Datuk Naim Abu Bakar berjumlah RM10,000.00 dan Pengarah Eksekutif Felda D Saji, Ahmad Zaki Abdullah berjumlah RM10,000.00 kepada Sultan Selangor.

Program Sirih Pulang Ke Gagang UPM bermula pada tahun 2001 melibatkan kerjasama yang erat antara Pusat Alumni UPM bersama Persatuan Alumni UPM (PAUPM) dan telah digabungkan sebagai salah satu acara dalam Sambutan Hari Alumni UPM 21 Mei.

Majlis bertemakan ‘Tautan Kasih Memateri Berilmu Berbakti’ merupakan majlis tradisi UPM yang merupakan landasan untuk alumni bertemu serta mengumpul dana bagi mengisi Tabung Wakaf Ilmu UPM.



SXDcSAs~