| SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH

Ucapan Hari Raya Naib Canselor UPM


Assalamu'alaikum Wrt Wbt.

Saya bagi pihak universiti, diri sendiri serta keluarga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin kepada semua pegawai UPM yang beragama Islam.
 
Semoga pengisian Ramadan akan dapat kita hayati bersama dalam menerajui kecemerlangan dalam bidang kepakaran masing-masing disamping melonjakkan pencapaian universiti ke tahap yang membanggakan. Semangat tolong menolong dan kekitaan yang terjalin dan diperkukuhkan dengan ibadah puasa pada Ramadan kali ini diharap akan dapat memupuk kasih sayang antara warga UPM, dalam kalangan ahli keluarga dan masyarakat bagi mencapai kesejahteraan hidup yang lebih bermakna.
 
Di samping kita meraikan Aidil Fitri, saya ingin mengingatkan semua warga Universiti supaya mengambil langkah yang perlu bagi memastikan keselamatan pejabat dan harta universiti dapat dipelihara dan tidak terdedah kepada risiko kecurian dan kejadian yang tidak diingini.
 
Akhir kata, bagi warga UPM yang pulang ke kampong, didoakan agar selamat dalam perjalanan dan sentiasa berhati-hati semasa di jalan raya.
 
Berilmu Berbakti
 
 
Mohd Fauzi Haji Ramlan


SXDcVAC~