PERTANDINGAN AKHIR 3 MINUTE THESIS UPM 2017 | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » PERTANDINGAN AKHIR 3 MINUTE THESIS UPM 2017

PERTANDINGAN AKHIR 3 MINUTE THESIS UPM 2017

Pada 11 April 2017, Auditorium Jurutera, Fakulti Kejuruteraan, UPM telah menjadi tempat untuk pusingan akhir pertandingan 3MT itu. Acara yang dianjurkan oleh Sekolah Pengajian Siswazah UPM, melibatkan 12 peserta. Panel hakim bagi pertandingan ini terdiri daripada Dr. Abhimanyu Veerakumarasivam (Pensyarah Kanan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan), Prof. Dr. Kamariah Abu Bakar (Profesor, Fakulti Pengajian Pendidikan), Encik Ahmad Fedtri Yahya (Penerbit Kanan / Presenter, TV3), Encik Gregory L. Foster (Pengarah Urusan, Fibaloy International Sdn. Bhd.) dan Dr. Azlan Shah Hussain (Penyelidik Kanan, Petronas) . 

Tetamu kehormat  adalah Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) yang turut merasmikan majlis tersebut. Pertandingan itu turut dihadiri oleh Dekan-dekan Fakulti dan Pengarah-pengarah Institut.  

Pemenang tempat pertama adalah Keeren S. Rajoo dari Fakulti Sains dan beliau menerima RM1000.00. Jeyanthi Suppiah dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan memenangi tempat kedua dan menerima RM800.00 manakala Foo Chuan Yi dari Fakulti Sains memenangi tempat ketiga dan menerima  RM600.00.  

Peserta-peserta yang lain menerima hadiah sagu hati RM100 setiap seorang. Acara bermula pada jam 2.00 petang dan berakhir pada pukul 6.00 petang. 

 

Peserta-peserta dan Juri-juri 

 

Juri-juri Pertandingan Akhir 3 Minute Thesis UPM 2017 

 

Pemenang tempat pertama, Keeren S. Rajoo dari Fakulti Sains  

 

Pemenang tempat kedua, Jeyanthi Suppiah dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan

 

Pemenang tempat ketiga, Foo Chuan Yi dari Fakulti Sains

 

Ucapan dari YBhg. Prof. Dr. Robiah Yunus, Dekan Sekolah Pengajian Siswazah, UPM

 

Ucapan dari YBhg. Prof. Dr. Iqbal M Saripan, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)

 

Tarikh Input: 18/04/2017 | Kemaskini: 26/05/2017 | haslinda_s

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXEUNA6~