UPM Anjur Forum Media Sosial – Seluas Samudera, Sesempit Denai | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » UPM anjur Forum Media Sosial – Seluas Samudera, Sesempit Denai

UPM anjur Forum Media Sosial – Seluas Samudera, Sesempit Denai


Oleh: Adiya Hutama
Foto: Firdaus Zulkifli

SERDANG, 20 Mei – Bersempena dengan Program Bookscapes 2016, Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar, Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan forum “Seluas Samudera, Sesempit Denai” yang dihadiri  pelajar UPM dan masyarakat luar kampus bagi mengupas isu berkaitan media sosial.

Penasihat Program, Ahmad Qadri Basri berkata, ia julung kali dianjurkan dalam kursus kokurikulum universiti bagi memberi pendedahan positif berkaitan isu semasa untuk para mahasiswa di UPM serta masyarakat sekitar Serdang.

“Usaha ini memberi peluang dan ruang kepada mahasiswa untuk mengetahui berkaitan penggunaan teknologi media sosial ketika mempelajari proses penganjuran program di kampus,” katanya.

Pengarah Program Bookscapes 2016, Nurain Shahira Mohd Razali pula berkata, pelajar UPM yang mengikuti kursus kokurikulum keusahawanan akan mengikuti program khas universiti ke peringkat antarabangsa iaitu ke Bali, Indonesia pada Oktober ini.

“Program antarabangsa itu dijangka memberi impak positif terhadap pelajar dalam membentuk mahasiswa yang mempunyai kualiti intelektual tinggi dalam menyahut saranan Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dr.  Aini Ideris dalam pengantarabangsaan program pelajar,” katanya.



Program itu dirasmikan Ahmad Qadri. Ia diadakan dengan kerjasama serta tajaan pihak Aqademi, Wan Shasha Shawls dan Ok Po Project.

Sementera itu, Pengarah Urusan Syarikat Aqademi Motivasi, Khairul Amin Mirsa Hussain, dilantik sebagai moderator yang mengetuai perbincangan serta wakil Heliza Helmi Production dan selebriti, Nurheliza Helmi.

Pengarah Urusan Creative Warrior Academic Training and Consultancy, Syed Putra Haizam, antara ahli panel. – UPM


Tarikh Input: | Kemaskini: | eszereen

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXEUJAZ~