| SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH

UPM Anjur Karnival Sukan 2017

Oleh: Muhammad Al Amin Mustafha




 

SERDANG, 13 Mac – Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Pusat Sukan berjaya menganjurkan Kejohanan Karnival Sukan UPM 2017 yang berlangsung penuh meriah.

 

Kejohanan edisi kedua itu diadakan pada 11 dan 12 Mac 2017 di Kompleks Sukan UPM.

 

Penganjuran kejohanan itu dilihat penting buat UPM dalam menyediakan platform kepada komuniti setempat dan sebagai “hub” bagi menikmati gaya hidup sihat menerusi sukan.

 

Ini kerana UPM adalah organisasi yang mampu menyediakan kemudahan sukan yang lengkap bagi penganjuran sukan sama ada di peringkat kebangsaan atau pun antarabangsa.

 

Pada edisi 2017 ini, beberapa acara sukan dipertandingkan antaranya Bola Sepak 9-sebelah Terbuka, Bola Sepak 9-sebelah Bawah 12 tahun, Ping Pong Novice, Dart (beregu dan perseorangan) dan Sepak Takraw Regu.

 




Penyertaan amat menggalakkan, terutama daripada pasukan-pasukan sekitar Lembah Klang.

 

Dalam acara Bola Sepak 9-sebelah Terbuka, pasukan Bomba Putrajaya FC berjaya muncul juara, manakala Semanis Kurma di tempat kedua dan Red White FC ketiga. - UPM

 

 

 

 

SXDdXAy~