| SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH

UPM bolot lima anugerah dalam Nippon Paint Young Designer Award (NYPDA) 2014

By Nur Azimah Ibrahim



SERDANG, 3 Dis (UPM) – Universiti Putra Malaysia (UPM) telah memenangi lima anugerah dalam Nippon Paint Young Designer Award (NYPDA) 2014.

Tiga daripada anugerah tersebut telah digondol oleh pelajar Jurusan Seni Bina, Fakulti Rekabentuk dan Senibina UPM .

Prof Madya. Ar Meor Mohammad Fared berkata antara anugerah yang dimenangi oleh pelajar-pelajar UPM ialah Wong Kail Li yang memenangi Gold Award for Architecture dan turut mendapat Japan Learning Programme bernilai RM3,000 & Internship with IJM Land.


Wong Kail Li, Fakulti Rekabentuk dan Seni Bina


“Rekaan Wong Kail Li iaitu Bond the Vicnity-Hydrophilic Retirement Retreat telah memikat hati juri untuk dinobatkan sebagai pemenang kesuluruhan bagi kategori reka bentuk,” katanya.

Tambahnya lagi, Lee Sim Chuan meraih anugerah Honorary Mention for Architecture dan Mukmin Abdullah pula memenangi anugerah Finalist for Architecture, masing-masing membawa pulang RM1,000.


Mukmin Abdullah, Fakulti Rekabentuk dan Senibina


“UPM turut memenangi dua lagi anugerah dalam pertandingan tersebut iaitu Wan Srihani yang memenangi Gold Best Lecturer Award dan membawa pulang RM1,000.

“Universiti Putra Malaysia juga telah dinobatkan sebagai Gold Best College/ University Award secara keseluruhan dan menerima RM1,000,” kata Ketua Jabatan Reka Bentuk Prof Madya. Ar Meor Mohammad Fared.


Lee Sim Chuan, Fakulti Reakabentuk dan Senibina


Anugerah itu merupakan antara pertandingan rekabentuk pelajar yang terunggul di Malaysia yang bermula pada tahun 2008 dan khusus untuk pelajar senibina dan rekabentuk dalaman.

NYPYD 2014 telah dilancarkan pada 22 Mei 2014 dengan tema Re:Think Re:Create Our Community, Our Home di mana pada 27 Oktober 2014 merupakan persembahan akhir oleh peserta dan acara penyampaian hadiah telah diadakan pada 13 November 2014 di Empire Hotel, Subang.

Acara tahunan itu yang dianjurkan oleh Nippon Paint Malaysia dengan kerjasama IJM Land Bhd melibatkan 623 peserta (528 peserta reka bentuk dan 95 peserta hiasan dalaman).

Pertandingan itu disertai daripada peserta luar negara termasuk Vietnam, Thailand, Singapura, Indonesia, Pakistan, China, Jepun, Hong Kong dan Filipina.

 


SXDdRAq~