| SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH

UPM buat lonjakan tinggi, meraih kedudukan 49 universiti terbaik Asia

Oleh Nor Hazlina & Khairul Anuar


SERDANG, 14 Jun - Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya meraih kedudukan 49 universiti terbaik Asia dalam penarafan QS Asia University Ranking 2016 dan membuat lonjakan tertinggi antara universiti awam Malaysia bagi 100 universiti terbaik iaitu sebanyak 17 tangga.

Selain itu, UPM juga berjaya menempatkan diri pada kedudukan kedua terbaik Malaysia, kelima terbaik Asia Tenggara dan mencatat peningkatan dalam penarafan ini buat tahun ketiga berturut-turut sejak tahun 2014.

Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris berkata pencapaian memberangsangkan UPM pada tahun ini melangkaui sasaran awal yang telah ditetapkan iaitu untuk mendapat 60 terbaik Asia.

“Dengan  lonjakan 17 tangga berbanding tempat ke-66 pada tahun lepas,  ia akan menguatkan lagi semangat warga kampus bagi meningkatkan kualiti pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan UPM.

"Pencapaian ini diharap dapat membantu melonjakkan lagi tahap kecemerlangan UPM yang pada akhirnya memberi sumbangan bermakna kepada kesejahteraan masyarakat dan kemajuan negara,” tambah beliau.



Prof. Aini juga berkata UPM akan mempergiatkan inisiatif Putra Global agar dapat mencapai kedudukan 200 universiti terbaik dunia menjelang 2020 selari dengan visinya iaitu ke arah universiti bereputasi antarabangsa.

Pada tahun ini, QS telah memperkenalkan satu indikator baharu iaitu Staff with PhD dan UPM berjaya mendapat skor tertinggi bagi indikator ini dalam kalangan 20 universiti Malaysia yang tersenarai.

Berdasarkan 10 indikator yang digunapakai QS, selain indikator baharu Staff with PhD,  UPM berjaya meningkatkan skor dalam enam indikator iaitu Faculty Student Ratio, Citations per Paper, Papers per Faculty, International Students serta Inbound dan Outbound Exchange Students .

Universiti Penyelidikan lain dalam senarai 100 terbaik ialah UM pada ranking ke-27 (tahun lalu 29) USM 51(49), UKM 55 (56) dan UTM 63 (61).

QS Asia University Ranking ialah agensi beroperasi di United Kingdom yang membuat penarafan 350  universiti utama Asia.

Pencapaian UPM

YEAR 2014 2015 2016
UPM 76 66 49

SXDdEAq~