| SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH

UPM dinobat pemenang Anugerah Bernd Rode ASEA-Europe University Academic Network


BALI, 2 Mac – Universiti Putra Malaysia (UPM) dinobat  sebagai pemenang Anugerah Bernd Rode 2016 sempena  Mesyuarat Plenari ASEA-UNINET ke 15 di Universiti Udayana, Bali, Indonesia baru-baru ini  dengan membawa pulang sijil anugerah dan wang tunai €5000.

Projek oleh Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM, Prof. Dato' Dr. Abdul Jalil bertajuk "ASEA-UNINET supports International Cooperation for Knowledge Transfer Programs in Subspeciality Nuclear Medicine and Clinical Neurology " dipilih sebagai projek terbaik dari 11 projek yang dipertandingkan.

“Kemenangan ini ialah hasil berimpak tinggi dalam bidang perubatan khususnya Pengimejan Molekul menggunakan kaedah PETCT serta perkongsian sub kepakaran dalam bidang kritikal di Malaysia (Neurologi Kritikal).

“Projek ini telah melalui proses saringan peringkat jawatankuasa pemilih yang diadili oleh Presiden , Naib Presiden ASEA UNINET dan Universiti Asia. Kriteria utama yang diberi tumpuan adalah aktiviti penyelidikan dan akademik berimpak tinggi yang dijalankan dalam bidang niche jaringan ASEA-UNINET selepas tahun 2011,” katanya.

ASEA-Europe University Academic Network  merupakan jaringan pengantarabangsaan yang melibatkan lebih 70 universiti dari 19 negara  Eropah dan Asia Tenggara, beribu pejabat   di Vienna , Austria. Keanggotaan dalam jaringan ini adalah melalui jemputan, nominasi dan undian.

UPM merupakan perintis Universiti Awam (UA) Malaysia dalam jaringan kerjasama ini semenjak tahun 2008 . Selain daripada UPM , UA lain yang turut menjadi ahli adalah Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Teknikal Melaka dan Universiti Utara Malaysia .

Sementara itu Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris mengulas bahawa dengan anugerah ini , usaha UPM  menerapkan hala tuju Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia dalam meningkatkan nilai akademia dalam bidang perubatan berhasil  mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa sekali gus memberi impak positif keberhasilan projek Rancangan Malaysia 9 dan 10 iaitu pembelian peralatan Diagnostik PETCT .

“Hasil projek ini telah memanafaatkan rakyat melalui  perkhidmatan kesihatan setaraf dengan negara maju dunia  secara pemindahan ilmu dan teknologi. Malah kepakaran yang dimiliki UPM berpotensi dijadikan platform  untuk mengharumkan nama Malaysia melalui Hospital UPM yang bakal siap pada tahun 2018.

“Melalui kerjasama antarabangsa ini , UPM bakal diiktiraf dalam bidang niche serta bersedia menyediakan kemudahan berprestij dan  berpotensi menarik minat pelajar antarabangsa dalam program akademik bidang Sains Perubatan dan Perubatan Klinikal,” kata Naib Canselor UPM.

Antara universiti tersohor dari Asia Tenggara yang menjadi ahli adalah Universiti Mahidol , Universiti Chulalangkorn , Universiti Kasertsart dan Universiti Chiengmai dari Thailand. Universiti dari Indonesia seperti Universiti Gadjahmada, Universiti Udayana, Universiti  Indonesia , Universiti Diponegoro dan Universiti Airlangga. 

Vietnam National University , Universiti Hanoi , University Medicine and Pharmacy Hanoi dari Vietnam dan University Phillipines adalah sebahagian daripada anggota dalam jaringan ASEA-Uninet.

Universiti Eropah yang menjadi ahli termasuk Medical University Innsbruck , Medical University Vienna , Medical University Graz dari Austria, University  Trento , University Brescia, dari Italy , Universiti Murcia dari Sepanyol , University Groningen dari The Netherland , dan beberapa universiti lain dari negara Poland , Germany , Russia , Portugal , termasuk Universiti Sharif , Republik Taheran juga memainkan peranan penting dalam proses menyemarakkan aktiviti perkongsian ilmu dan teknologi dalam 4 bidang utama yang telah dikenal pasti termasuk bidang perubatan.

SXEQSAZ~