| SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH

UPM hargai sumbangan industri dan komuniti

Oleh Nurul Syuhadah Bt Mohamad Ali
Foto Oleh Noor Azreen Awang



SERDANG, 12 Feb – Universiti Putra Malaysia (UPM) menghargai sumbangan industri dan komuniti UPM pada majlis makan malam ‘UPM – Industry Networking Night-Nurturing Partnership in Urban Agriculture’ di sini kelmarin.

Majlis itu menghargai sumbangan industri dan komuniti kepada kecemerlangan UPM selain mengeratkan kerjasama kedua belah pihak.

Naib Canselor UPM, Prof. Dato’ Dr. Mohd Fauzi Ramlan berkata majlis makan malam itu menghargai sumbangan industri dan komuniti UPM dalam memacu pembangunan negara.

“Pemilihan penerima anugerah majlis ini menilai kemajuan dan kecemerlangan industri, sementara Anugerah Pusat Tanggungjawab (PTJ) Cemerlang menilai aspek penyediaan kemudahan untuk pekerja dan aktiviti bagi memupuk keharmonian di PTJ,” katanya.



Sebanyak empat kategori anugerah yang telah diberikan iaitu:-

i.  Anugerah Industri Berimpak Tinggi - CES Co. Ltd, Huawei Technologies Sdn. Bhd. dan HP (M) Sdn. Bhd.

ii.  Anugerah Jaringan Komuniti Berimpak Tinggi - Komuniti Batu Talam Pahang, Komuniti Parlimen Pasir Gudang Johor, Komuniti Mukim Sungai Galah Perak.

iii.   Anugerah PTJ Cemerlang Dalam Jaringan Industri dan Komuniti Berimpak Tinggi -  Fakulti Pertanian dan Fakulti Pengajian Pendidikan.

iv.   Anugerah Staf Cemerlang Dalam Jaringan Industri/Komuniti Berimpak Tinggi: 

 - Prof. Dr. Mohd Ali Hassan, Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul.

- Dr. Salmi Baharom, Fakulti Sains Komputer & Teknologo Maklumat.

- Roszini Mohamad Nor, Pegawai Tadbir, Akademik Sukan.

- Farihah Liyana Khalid, Pegawai Sains, Institut Penyelidikan Produk Halal.

- Prof. Madya Dr. Yahya Awang, Fakulti Pertanian.

- Prof. Madya Dr. Khairuddin Idris, Fakulti Pengajian Pendidikan.

- Mohd. Ghazali Mohd. Satar, Pegawai Pertanian, Fakulti Pertanian

- Zaidi Tajuddin, Pegawai Pertanian, Pusat Transformasi Komuniti Universiti.                                                            


SXDdCAf~